Loading...
Exco Johor Datuk Abd Latif Bandi Ditahan SPRM. Exco kerajaan negeri Johor Datuk Abd Latif Bandi, hari ini ditahan ketika menghadirkan diri untuk soal-siasat oleh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabatnya di Johor Baharu, pagi tadi berhubung skandal tanah.
Portal The Star Online memetik Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad yang kebetulan berada di ibu pejabat akhbar itu di Petaling Jaya sebagai mengesahkan penahanan berkenaan.
Exco Johor Datuk Abd Latif Bandi Ditahan SPRM. Abdul Latif adalah exco atau pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan Johor dan memilih untuk bercuti sementara menunggu siasatan kes itu.
Minggu lalu, anak exco itu dan pegawai khas beliau ditahan oleh SPRM dalam satu serbuan.
Dalam operasi berkenaan, SPRM turut merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing dan dokumen-dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan.
Exco Johor Datuk Abd Latif Bandi Ditahan SPRM
Sebanyak 45 akaun bank milik bersama kesemua suspek melibatkan sekurang-kurangnya RM15.5 juta juga dibekukan bagi membantu siasatan. - mk
Iklan
Loading...
0 Response to "Exco Johor Datuk Abd Latif Bandi Ditahan SPRM"
Posting Komentar