Loading...

Ezam Mohd Nor Tubuh Parti Baru Bebas Rasuah

Loading...
Ezam Mohd Nor Tubuh Parti Baru Bebas Rasuah. Datuk Ezam Mohd Nor hari ini mengesahkan akan menubuhkan parti politik baharu dengan satu matlamat iaitu melawan rasuah.

“Ya, kami akan tubuhkan sebuah parti baharu – ‘parti bebas rasuah’. Sebuah parti yang berjuang ke arah satu matlamat, memerangi rasuah dan hanya rasuah habis-habisan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Ezam Mohd Nor Tubuh Parti Baru Bebas Rasuah.  Bekas senator itu berkata parti baharunya itu tidak akan terlibat dalam perebutan kuasa dengan parti lain, tetapi hanya kepada satu matlamat itu.

“Kami akan terus menjadi parti yang kecil dan fokus kepada satu isu. Parti besar akan menyebabkan ia tertumpu kepada perebutan kuasa. Maka parti ini tidak boleh dan tidak akan menjadi besar,” katanya.

Ezam berkata parti itu akan ditubuhkan bersama bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan “beberapa aktivis yang pernah dipenjarakan akibat melawan rasuah”.

Pada 15 Mac lalu, Khairuddin berkata kepada FMT yang beliau dan Ezam sedang merancang penubuhan sebuah parti politik.

Ezam Mohd Nor Tubuh Parti Baru Bebas Rasuah


Khairuddin juga memberi jaminan partinya tidak akan bersaing dengan Pakatan Harapan, sebaliknya melengkapi “apa saja kelemahan PH” dan hanya akan bertanding 2 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Ezam berkata parti kecil yang berasaskan satu objektif terbukti berjaya memberi impak kepada politik di negara lain.

“Fokus kami ialah Kementerian Kewangan kerana di sinilah lubuk kejahatan dan salah guna kuasa. Saya sendiri akan mengetuai perjuangan ini dan berdepan dengan Najib di mana saja beliau bertanding,” katanya.

Katanya, pengumuman maklumat lanjut seperti nama parti akan dibuat selepas urusan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) selesai.


Ezam Mohd Nor Tubuh Parti Baru Bebas Rasuah


Mula dikenali ketika era Reformasi pada akhir 1990-an, Ezam mewarnai politik negara dengan menganggotai beberapa parti politik, bermula dengan Umno, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Namun jodohnya dengan PPBM tidak lama, apabila keluar daripada parti itu Disember lalu, selepas 3 bulan menyertainya. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ezam Mohd Nor Tubuh Parti Baru Bebas Rasuah"

Posting Komentar