Sekatan itu sama seperti sekatan rakyat Malaysia yang disenarai hitam oleh PTPTN dan LHDN
JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Johor akan memastikan tiada pegawai Kedutaan Korea Utara meninggalkan negara ini menerusi pintu di sempadan Johor-Singapura.
Pengarahnya, Datuk Rohaizi Bahari berkata langkah itu akan dilaksana sehingga ada keputusan sebaliknya dari kerajaan.
“Pemeriksaan imigresen seperti biasa cuma pelaksanaannya sama seperti kes rakyat Malaysia yang tidak dibenarkan ke luar negara jika mereka disenarai hitam oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Lembaga Hasil Dalam Negeri dan sebagainya,” kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.
Hari ini Malaysia mengeluarkan arahan melarang pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara daripada meninggalkan negara ini, berkuatkuasa serta-merta.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata arahan itu adalah sebagai tindak balas terhadap Korea Utara yang menyekat pegawai Kedutaan Malaysia di sana dari meninggalkan negara itu.
Related Posts :
[Video Pakatan Harapan Ada Kekuatan Kalahkan UMNO BN & PAS] 'Lebur duit2 pencarum #KWSP RM16.8 bilion pada Penyokong Israel No.1!' Pelaburan Malaysia ke Amerika Syarikat satu misteri, kata Azmin.… Read More...
[Video AKHIRNYA HELAHNYA TERBONGKAR!~ "Inilah Sebab Najib bertemu dengan Donald Trump"] #CelakaUmno #TakHabisMenipu! Jika lawatan RASMI, kenapa Najib menginap di Hotel Trump tidak di Blair House? Pengguna Twitter marah PM ‘bantu perkukuh ekonomi AS’.… Read More...
[Video Harga Barang Boleh Dikawal Bila Pakatan Harapan Memerintah] Rakyat ingin GST dikurangkan, gaji lebih tinggi untuk Bajet 2018.Rabu, 13 September 2017
Rakyat ingin GST dikurangkan, gaji lebih tinggi untuk Bajet 2018
Tinjauan pendapat dalam talian bajet2018.najibraz… Read More...
4 Perbezaan Utama iPhone 8 Berbanding Model SebelumnyaSetelah hampir setahun menanti, akhirnya Apple telah mengumumkan model terbaru dan apa yang lebih menarik, Apple kali ini bukan sahaja mengu… Read More...
[Video Pertemuan Najib-Trump; Najib perjudi duit rakyat, tolong AS RM100 bilion & Respons Rakyat Malaysia] NAJIB TERLEPAS PELUANG KEEMASAN Memberi Penjelasan Tantang 1MDB!Rabu, 13 September 2017
TIADA SIDANG MEDIA, NAJIB TERLEPAS PELUANG KEEMASAN MEMBERI PENJELASAN TENTANG 1MDB
Di samping beberapa kejangg… Read More...
0 Response to "Imigresen Johor pantau pegawai Kedutaan Korea Utara di pintu sempadan"
Posting Komentar