Loading...

Jais Sarday Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Johor

Loading...
Jais-Sarday-Exco-Perumahan

KLUANG : Kerajaan Negeri Johor hari ini dilaporkan merombak semula tiga portfolio Exco kerajaan negeri yang akan berkuatkuasa Ahad ini.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Khaled Nordin, rombakan itu termasuk jawatan dan tugas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang disandang Datuk Abd Latif Bandi sebelum ini.

Dalam satu kenyataan, Khaled turut mengumumkan perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi DUN Mahkota, Kluang, Datuk Md Jais Sarday sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baharu.

Untuk memastikan kelancaran urusan kerajaan negeri, portfolio Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang disandang ADUN Mahkota itu akan diletakkan di bawah kendalian Datuk Ayub Rahmat .

Memetik laporan MStar, Khaled berkata portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani , Ismail Mohamed akan diamanahkan portfolio Keusahawanan dan Pembangunan Koperasi.

Dalam pada itu, Kahled turut memaklumkan bahawa penyusunan semula tiga portfolio ini telah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau turut menegaskan bahawa penukaran portfolio Datuk Md Jais Sarday itu adalah tepat dan sesuai berdasarkan pengalamanya yang luas serta kedudukanya sebagai Exco paling kanan dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jais Sarday Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Johor"

Posting Komentar