Loading...
Memberi kerja sekolah kepada murid sekolah rendah merupakan satu aktiviti biasa dilakukan oleh guru-guru di sekolah.
Adakah ianya perlu? Isu ini menjadi perdebatan yang amat panjang dan penuh cabang kefahaman.
Kepada yang menyokong, antara alasan yang diberikan adalah murid dapat mengulangkaji pelajaran yang dipelajari pada hari tersebut, manakala yang menentang, memberi alasan ianya telah mencuri masa berkualiti bersama keluarga dan murid keletihan.
Bagi Guru Besar di sebuah sekolah di Vermont, persoalan kerja sekolah ini membuatkan beliau tertarik untuk melaksanakan eksperimen. Pelajar-pelajar di sekolah Orchard diminta untuk membaca dan bermain apabila pulang ke rumah. Keputusan eksperimen beliau boleh menjadi sesuatu yang boleh difikir-fikirkan oleh sekolah-sekolah yang lain.
Guru Besar Mark Trifilio memberitahu Washinton Post, ketika mesyuarat awal tahun, beliau dan guru-guru telah membuat keputusan untuk tidak memberi kerja sekolah kepada pelajar sekolahnya. Walaupun begitu, tindakan tersebut digantikan dengan aktiviti membaca dan bermain di luar.
"40 orang guru setuju," katanya. Guru-gurunya bukan sahaja bersetuju malah gembira dengan cadangan berkenaan. Beliau turut berseloroh "Bukan senang mahu dapatkan persetujuan 40 orang sekaligus."
Sekolah tersebut kemudian merangka polisi tiada kerja sekolah untuk tahun itu. Perinciannya boleh dilihat di laman web sekolah tersebut.
Polisi Tiada Kerja Sekolah: Tugasan Harian Pelajar Di Rumah
1. Baca sekurang-kurangnya satu buku setiap malam - (Pastikan ibu bapa juga membaca kepada kamu juga)
2. Keluar dan bermain - bukan hanya menonton TV
3. Makan malam bersama keluarga - persiapan untuk makan malam juga perlu dilakukan
4. Tidur awal dan berkualiti
Enam bulan kemudian, eksperimen tersebut membuahkan kejayaan yang cemerlang.
Menurut En. Trifilio, polisi tiada kerja sekolah tiada kesan langsung kepada pencapaian akademik pelajar malah memberikan peluang untuk pelajar menjadi pemikir yang kreatif di rumah yang mengikut minat dan selera masing-masing.
Ketika pelajar diminta membaca buku, mereka juga disarankan untuk memberi komen dan cadangan terhadap buku tersebut namun tidak perlu mengisi buku log (buku nilam agaknya...). Kata Guru Besarnya lagi, pengisian buku log selalunya tidak telus.
Kajian tersebut juga mendedahkan bukan hanya guru merasakan kelebihan polisi tersebut, tetapi ibu bapa turut merasa tempiasnya. 400 ibu bapa yang mengisi borang soal selidik selepas polisi tersebut dilaksanakan berasa anak-anak mereka lebih banyak membaca dan punyai lebih masa untuk aktiviti-aktiviti yang lain.
Hanya sebilangan kecil ibu bapa merasakan anak-anak mereka ketinggalan dalam pelajaran setelah polisi tersebut dilaksanakan.
Dapatan kajian-kajian lain yang berkaitan turut menyokong pendekatan sekolah ini. Satu kajian dilaksanakan antara tahun 1987 dan 2003 mendapati terdapat hubungan kecil atau tiada langsung antara pencapaian akademik dan masa yang digunakan untuk membuat kerja sekolah di sekolah rendah.
Namun begitu, dapatan kajian tersebut berbeza di sekolah menengah. Masa yang digunakan untuk lakukan kerja sekolah ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar-pelajarnya.
Menurut Harris Copper, kajian 25 tahun beliau berkenaan kesan kerja sekolah dapat digambarkan melalui psikologi kognitif. Menurut beliau lagi, perbezaan usia memberi kesan kepada kemampuan tumpuan pelajar dan ianya secara langsung memberi perbezaan yang ketara antara kerja sekolah untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.
Pada usia pelajar di sekolah rendah, mereka lebih tertarik dengan persekitaran rumah dan ini menyebabkan pemberian kerja sekolah menjadi tidak efektif.
"Tak banyak kelebihan yang diperolehi apabila kerja sekolah diberi kepada murid sekolah rendah," kata Richard Walker kepada Telegraph pada tahun 2015. Richard merupakan Associate Profesor di fakulti pendidikan Universiti Sidney.
Menurut beliau lagi, terdapat banyak kelebihan untuk pelajar menengah rendah dan 50 peratus menengah atas apabila membicarkan hubungan antara kerja sekolah dan pencapaian akademik.
Diolah daripada artikel asal di Essential Kids

0 Response to "Kerja sekolah, penting atau beban untuk pelajar?"
Posting Komentar