Loading...

Kes Bunuh Kim Jong Nam : Tiada Pihak Tampil Bagi Sampel DNA

Loading...
Kes Bunuh Kim Jong Nam : Tiada Pihak Tampil Bagi Sampel DNA. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan bahawa kerajaan kini sedang meneliti kehendak sebenar Korea Utara yang bertindak untuk menahan warga Malaysia daripada meninggalkan negara itu.

Menurut beliau, dalam masa yang sama, kerajaan turut mengekalkan keputusan untuk tidak membenarkan pegawai serta kakitangan kedutaan Korea Utara daripada meninggalkan negara ini.

Kes Bunuh Kim Jong Nam : Tiada Pihak Tampil Bagi Sampel DNA. "Selain itu, kita (kerajaan) juga turut meminta polis menjalankan siasatan terhadap punca kematian abang tiri pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong Nam serta pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini,"katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas mengenai kes pembunuhan itu, Najib memaklumkan bahawa terdapat banyak lagi proses siasatan yang perlu dijalankan oleh pihak berkuasa dalam kes berkenaan.

Beliau berkata, proses bagi mendapatkan sampel DNA juga sukar memandangkan tiada pihak yang tampil ke hadapan bagi membantu siasatan.

"Barangkali pihak terbabit juga takut untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan ini," katanya.

Kes Bunuh Kim Jong Nam : Tiada Pihak Tampil Bagi Sampel DNA


Dalam pada itu, mengulas mengenai keselamatan rakyat Malaysia di sana, Najib menjelaskan bahawa tidak ada kebimbangan mengenai perkara itu memandangkan mereka berada dalam keadaan selamat pada masa kini.

Menurut beliau, kesemua pihak terlibat dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak dikurung ekoran daripada larangan meninggalkan negara itu.

"Oleh kerana ini adalah isu sensitif, kita mesti utamakan keselamatan rakyat negara ini dan kalau ada rundingan pun ia bukannya melalui media,"katanya.

Sebelum ini, Kementerian Luar Korea Utara mengeluarkan arahan bagi melarang pegawai dan kakitangan  kedutaan Malaysia di sana untuk keluar dari negara tersebut.

Sehubungan itu, kerajaan Malaysia turut mengambil tindak balas daripada arahan berkenaan dengan melarang pegawai serta kakitangan kedutaan Korea Utara daripada meninggalkan negara ini.

Kes Bunuh Kim Jong Nam : Tiada Pihak Tampil Bagi Sampel DNA. Hubungan Malaysia dan Korea Utara menjadi semakin tegang selepas berlakunya kes pembunuhan Jong Nam di KLIA2 baru-baru ini. - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kes Bunuh Kim Jong Nam : Tiada Pihak Tampil Bagi Sampel DNA"

Posting Komentar