Loading...

KL-Pyonyang adakan rundingan rasmi tempoh terdekat

Loading...
ANTARAPOS.COM
Post Pic
KUALA LUMPUR: Isu sembilan rakyat Malaysia yang terkandas di Pyonyang dan penyerahan mayat Kim Jong-nam, adalah antara dua perkara penting yang akan dibincangkan dalam rundingan rasmi Malaysia-Korea Utara, tempoh terdekat.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata kementerian sudah mengadakan tiga perbincangan tidak rasmi menerusi kaunselor kedutaan dan agensi berkaitan untuk mendapatkan maklumat persediaan rundingan rasmi itu.
"Kerajaan tidak akan menetapkan tempoh masa tetapi memberi jaminan akan menyelesaikan nasib rakyat Malaysia di Korea Utara secepat mungkin.
"Kerajaan tidak bercadang memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara jika rakyat Malaysia pulang dengan selamat dan dilepaskan awal.
"Akhirnya, kita akan serahkan dan putuskan untuk menghantar mayat Kim Jong-nam selepas perbincangan rasmi diadakan, dalam masa terdekat, " katanya dalam sidang media khas selepas mengadakan pertemuan dengan 11 wakil keluarga tiga rakyat Malaysia yang terkandas di republik itu, sebentar tadi.
Sembilan kakitangan kedutaan Malaysia di Korea Utara masih terkandas di negara komunis itu sejak 6 Mac lalu.
Anifah berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan mayat Jong-nam akan diserahkan kepada Korea Utara selepas perbincangan secara rasmi untuk mengetahui tuntutan kerajaan republik itu.
"Pada akhirnya, mayat akan diserahkan kepada kerajaan Korea Utara atau ahli keluarga terdekat, namun kita mahu memastikan keselamatan rakyat kita terlebih dahulu.
"Semua ini akan diputuskan dalam perbincangan rasmi dalam masa dua atau tiga hari yang akan diadakan di lokasi belum diketahui, " katanya.
Selain itu , katanya, Malaysia turut menolak tawaran beberapa negara lain sebagai 'orang tengah' mengadakan rundingan dengan Korea Utara berikutan kerajaan masih menjalin hubungan diplomatik dengan negara itu.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KL-Pyonyang adakan rundingan rasmi tempoh terdekat"

Posting Komentar