Loading...

LANGKAH TERBAIK

Loading...
Perak negeri pertama letak pegawai SPRM di pejabat MB
Perak negeri pertama letak pegawai SPRM di pejabat MB
Zambry (tengah) bersama Dzulkifli (empat kanan) ketika ditemui di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian

IPOH - Perak negeri pertama yang mengambil inisiatif meletakkan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat menteri besar bagi memastikan pentadbiran berjalan lancar dan bebas gejala rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pegawai berkenaan telah berkhidmat di pejabat menteri besar sejak 2010 selain ia merupakan langkah yang diambil oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

"Negeri lain tidak ambil inisiatif sepertimana yang dilakukan menteri besar Perak di mana beliau membuat permohonan meletakkan seorang pegawai SPRM di pejabatnya.

Kita tidak ada negeri lain yang ada pegawai diletakkan tetapi ini merupakan inisiatif menteri besar untuk menempatkan seorang pegawai di pejabat beliau.

"Ini menunjukkan komitmen menteri besar dalam memastikan pentadbiran perak ini dijalankan tanpa apa-apa isu rasuah dan salah guna kuasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani dan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR), di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan barisan Exco Kerajaan Negeri.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "LANGKAH TERBAIK"

Posting Komentar