Loading...

Malaysia sengaja cari masalah dengan Korea Utara

Loading...

Demi keselamatan saksi, KPN tidak menjelaskan bagaimana
pengesahan identiti sebenar Kim Choi itu dibuat.
Ketua Polis Negara mengesahkan lelaki yang dibunuh dengan racun di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu ialah Kim Jong-nam.

 Bagaimanapun, Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan mendedahkan bagaimana pengesahan itu dibuat. Baca lagi di sini

Komen al-Husseyn :

 Imigresen Malaysia telah menerima  masuk individu tersebut ke negara ini sebagai Kim Choi, sebagaimana dokumen perjalanan yang ada padanya.

Sepatutnya PDRM tidak perlu memperbodohkan diri dengan menyiasat siapa individu yang menggunakan dokumen perjalanan dengan nama Kim Chol.

  Mayat Kim Choi sepatutnya diserahkan sahaja kepada kedutaan negaranya dengan sebagaimana dokumen perjalanan tersebut.

  Tetapi kerana cerdik sangat, KPN mengesahkan identiti lelaki terbabit sebagai Jong-nam dengan cara yang misteri dengan alasan demi keselamatan saksi.

  KPN ingat senang-senang begitu saja orang nak percaya tanpa dokumen untuk menyokong dakwaan tersebut? 

 KPN ingat Korea Utara tu macam rakyat Malaysia yang mudah percaya macam isu pembunuhan alTantuya yang kononnya tidak perlu disiasat motif pembunuhan tersebut.

 Khalid Hassan : Kerajaan Malaysia memang sengaja cari masalah, takde beban batu digalas. Kalau mayat tu diserahkan kepada kedutaan Korea Utara tak jatuh maruah Malaysia dan tak rugi satu sen pun tapi kenapa sengaja nak merumitkan keadaan. 

 Nak suruh waris datang tuntut tak fikir ke Korea Utara tu bukan dekat dan kemungkinan ada halangan kepada waris untuk datang ke Malaysia. Untuk perbandingan kalau ada warga Malaysia yang mati di luar negara ada ketikanya takde pun waris pergi tuntut sebab kedutaan telah uruskan tuntutan jenazah dan penghantaran pulang ke Malaysia. Contohnya tragedy MH17 bukan semua waris pergi ke Belanda untuk tuntut jenazah, persoalannya kenapa tak boleh buat macam tu ?
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Malaysia sengaja cari masalah dengan Korea Utara"

Posting Komentar