Loading...
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – Gambar fail NSTP/Abdullah Yusof
Sebaliknya, beliau berkata, ia membuka peluang lebih besar kepada pelajar miskin di luar bandar dan bandar memasuki MRSM sedia ada.
Cadangan mewujudkan MRSM berbayar bertujuan membuka peluang kepada pelajar golongan berada memasuki sekolah berkenaan seperti sekolah swasta atau antarabangsa.
“Ketika ini, kira-kira 45 peratus pelajar yang memasuki MRSM adalah daripada keluarga miskin atau berpendapatan kurang RM4,000 sebulan, manakala selebihnya adalah golongan pendapatan sederhana atau berada.
“Kalau MARA menaikkan peratusan ini sehingga 60 atau 70 peratus, kita seperti menutup hak pelajar cemerlang daripada keluarga berada memasuki MRSM sedangkan mereka menganggap anak mereka juga layak diberi peluang.
“Justeru, kita bercadang mewujudkan alternatif iaitu MRSM berbayar. Ramai yang keliru dan menyangka ia akan mengambil MRSM sedia ada.
“Kita akan wujudkan MRSM baharu berasingan, mungkin namanya lain, dikendalikan entiti lain seperti bahagian yang menguruskan UniKL tetapi konsepnya untuk pelajar golongan berada.
“MRSM sedia ada, kita buka seluasnya kepada pelajar miskin atau kurang mampu,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) berhubung rasional cadangan menubuhkan MRSM berbayar pada sidang Dewan Rakyat, pada Rabu.
Loading...
0 Response to "MRSM berbayar untuk golongan berada"
Posting Komentar