Loading...

PAS SUDAH TIADA PILIHAN, PUTUSKAN SAHAJA PERHUBUNGAN PAS PKR

Loading...
 
BILA PUTUSKAN PERHUBUNGAN ANTARA 
PAS&PKR, BARU TAHU JAGA MULUT.
 
RATA-RATA MULUT TERSANGAT CELUPAR BILA
KESOMBONGAN MEMERINTAH DELANGOR
MENJADI MODAL YANG ANGKUH
 
PKR BOLEH BERKAWAN RAPAT DENGAN
PAN DAN DAP  YANG BIJAK, KUAT
DAN BIJAKSANA
 
-Pak Karamu-

 
 
PKR tidak akan putus hubungan dengan Pas
Mohamed Azmin Ali
 
Mohamed Azmin Ali
SHAH ALAM - PKR tetap berpendirian untuk tidak memutuskan hubungan dengan Pas sekalipun Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kerjasama dengan parti lain ibarat 'memikul biawak hidup'.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata PKR tetap yakin dengan permuafakatan dalam pakatan pembangkang dan akan sentiasa menghormati sebarang perbezaan pendapat.

"Keadilan (PKR) di peringkat pusat, negeri dan cabang tidak pernah putuskan hubungan dengan sahabat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kelima Dun Selangor ke-13 yang disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Bangunan Dun Selangor di sini, hari ini.

Mengulas kenyataan Abdul Hadi berkenaan 'memikul biawak hidup', Menteri Besar Selangor itu berkata: "Usahlah lontarkan istilah begitu, tidak manis di khalayak ramai, kita patut zahirkan kata-kata yang lebih manis, lebih lunak.

"Kita kena saling hormat-menghormati sebab kalaupun kita berhujah dengan musuh sekalipun tiada keperluan guna istilah itu," katanya.

Pada Sabtu lepas, media sosial melaporkan Abdul Hadi berkata Pas tidak akan bersama Pakatan Harapan atau pun BN bagi menghadapi pilihan raya umum.

Abdul Hadi berkata kerjasama dengan parti lain umpama 'memikul biawak hidup', dan Pas akan mengambil pendekatan sendiri dalam menghadapi pilihan raya umum nanti.  –Bernama
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS SUDAH TIADA PILIHAN, PUTUSKAN SAHAJA PERHUBUNGAN PAS PKR"

Posting Komentar