Loading...

Pasar Agro pertama di Bagan Terap dijangka April

Loading...
OLEH SYAZWANI SUFIAN

PERTANIAN


TANJUNG KARANG: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM50,000 bagi menubuhkan Pasar Agro yang pertama di Bagan Terap, Sabak Bernam yang dijangka bermula bulan depan.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, bermula di Bagan Terap kewujudan pasar itu membolehkan peniaga memasarkan hasil tani secara terus kepada pengguna dan seterusnya dilaksanakan di setiap daerah.

“Tahun lalu kita ada buat gimik pelancaran di Daerah Gombak namun di situ memang sudah wujud pasar pagi cuma kita membuat penjenamaan semula, tetapi di Bagan Terap ini kita bermula dan kosong dan inilah yang pertama.

“Pasar ini turut memberi kemudahan kepada penternak dan juga nelayan untuk menjual secara langsung kepada pengguna dan hanya 20 peratus sahaja yang bukan dari hasil tani.

“Kita mohon kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) mengambil inisiatif mengepalai program ini bersama pihak berkuasa tempatan dan JKK kampung,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Program Karnival Jelajah Infratani Peringkat DUN Sungai Burong, hari ini.

Zaidy turut melahirkan rasa bimbang apabila beliau menerima aduan apabila petani mengalamai masalah air hujan lebat sehingga menyebabkan tanaman mereka tenggelam dan rosak.

“Lebih teruk apabila ada diantara mereka yang meminjam wang daripada peraih dan hasil itu akan diberikan kepada peraih serta harga jualan itu juga ditentukan oleh peraih.

“Jadi Kerajaan Negeri akan sentiasa usaha memikirkan cara membantu untuk mengelak perkara sebegini berulang. Selain pasar agro ini, kita juga berbincang dengan HIJRAH untuk membantu petani dari sudut modal agar dapat meningkatkan kepada RM20,000.

“Kita juga berbincang berbincang dengan Agro Bank berkenaan insuran untuk membantu petani jika menghadapi musibah mahupun bencana, namun perkara ini masih dalam peringkat kajian,” katanya.=EZY=

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pasar Agro pertama di Bagan Terap dijangka April"

Posting Komentar