Loading...

PPBM akan sertai GABUNGAN HARAPAN secara rasmi tetapi mahu NAMA,LOGO, Manifesto baru

Loading...


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mengemukakan permohonan rasmi menyertai gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN), tetapi meminta nama itu ditukar.

"Kita (BERSATU) akan menyatakan pada mereka pendirian BERSATU untuk menyertai (HARAPAN) dengan tujuan mungkin menyesuaikan sedikit nama dia.

"(BERSATU) juga bersetuju bahawa polisi yang kita persetujui ialah, kita perlu - selain daripada mengadakan nama yang baru - kita juga ingin ada suatu logo dan simbol untuk (menghadapi) pilihan raya dan mempunyai satu manifesto," kata Tun Dr Mahathir Mohamad di Petaling Jaya hari ini.

Pengerusi BERSATU itu berkata, secara dasarnya BERSATU bersetuju selain nama pakatan baru, mereka juga ingin suatu logo bersama yang baru serta manifesto untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PPBM akan sertai GABUNGAN HARAPAN secara rasmi tetapi mahu NAMA,LOGO, Manifesto baru"

Posting Komentar