Loading...

RAKYAT SUDAH HILANG KEPERCAYAAN ?

Loading...
Isu hartanah: Exco Johor mohon cuti
Johor
- Foto Internet

ISKANDAR PUTERI - Seorang anggota exco Johor memohon cuti hari ini berikutan penahanan anaknya bersama dua pegawai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan kes rasuah dan penyelewengan hartanah.

Datuk Md Jais Sarday, Exco Pendidikan Penerangan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor berkata, exco tersebut telah bertemu dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin jam 9.30 pagi.

Katanya, Mohamed Khaled memaklumkan mesyuarat exco permohonan cuti itu diluluskan.
Urusan berkaitan dengan portfolio yang dipegang anggota exco berkenaan ditangguhkan.

"Jika ada urusan berkaitan dengan pentadbiran, ia dirujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Kalau memerlukan keputusan segera berkaitan dengan dasar, itu boleh dirujuk kepada menteri besar sendiri," kata Md Jais kepada pemberita.

Katanya, cuti itu untuk memberi ruang kepada anggota exco berkenaan menyelesaikan perkara melibatkan pegawai dan keluarganya.

"Beliau tidak disabitkan (terhadap kes) sama ada dengan siasatan atau dakwaan. Itu kena jelas.

Terdahulu, media melaporkan penahanan enam individu Sabtu lalu oleh SPRM kerana dipercayai terlibat dalam skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Johor.

Semua suspek yang berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditangkap di beberapa lokasi di Johor Bahru dalam  operasi serentak kira-kira jam 8.30 pagi.

Mereka yang ditangkap merupakan anak dan pegawai khas kepada seorang pegawai Kerajaan Johor, dua pemaju, seorang peguam dan seorang orang awam.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "RAKYAT SUDAH HILANG KEPERCAYAAN ?"

Posting Komentar