MALAYSIA DATELINE
Mohd Sany Hamzan
Pemuda Amanah Nasional membidas kenyataan 'bongkak' Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad kononnya parti itu tidak tergugat biarpun pimpinan mereka terlibat dalam rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri Johor,bidas Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Sany Hamzan.
"Kami menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Johor Bahru itu sebagai satu kenyataan bongkak dan cuba memperkecilkan maruah bangsa Johor.
" Kami sangat yakin bangsa Johor menolak sekeras-kerasnya amalan rasuah yang 'diamalkan' oleh pimpinan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno di negeri itu.
"Kami yakin, bangsa Johor sangat mengambil serius isu skandal rasuah yang berlaku di negeri itu ditambah lagi ia melibatkan kepentingan masyarakat," ujarnya dalam satu kenyataan.
Mohd Sany mengulas kenyataan dibuat oleh Shahrir pada Sabtu yang dipetik berkata, Skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di Johor yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tidak akan menggugat imej dan kedudukan Barisan Nasional (BN).
Shahrir berkata siasatan itu sekali gus dapat membersihkan imej kerajaan daripada pelbagai tohmahan buruk mengenai integriti pentadbiran dan pemerintahan.
Tan Sri Shahrir Abdul Samad "Tindakan yang diambil hanya kepada mereka yang terlibat dengan perbuatan yang boleh menjejaskan imej dan integriti pentadbiran. Jadi, bila kita ambil tindakan itu, tidak bermakna bahawa imej kita (BN) pula terjejas.
Bagi Pemuda Amanah skandal yang melibatkan exco terbabit itu juga telah mengkhianati rakyat Johor.
"Perumahan adalah antara isu besar bagi rakyat di negeri Johor terutama golongan muda yang sangat terhimpit dalam memiliki rumah sendiri.
"Skandal yang melibatkan Exco Kerajaan Negeri serta anak dan pegawai khasnya itu telah mengkhianati rakyat Johor terutama orang Melayu.
"Ini ditambah lagi tidak ada sebarang tindakan tegas oleh Kerajaan Negeri Johor pimpinan Mohamed Khaled Nordin seolah-olah 'merestui' gejala jijik itu," terangnya.
Justeru katanya lagi, Pemuda Amanah Nasional yakin, pengkhianat kepimpinan Umno terhadap kepentingan rakyat khususnya orang Melayu ini akan dihukum oleh bangsa Johor.
"Hukuman itu akan dinatijahkan dalam bentuk undi dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang akan datang." ujarnya.
Pada Jumaat, seorang anggota Exco kerajaan Johor dibenarkan direman selama seminggu sehingga 16 Mac ini bagi membantu siasatan SPRM berhubung rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.
Sebelum ini, SPRM menahan enam lelaki termasuk anak serta pegawai khas Exco itu pada 24 Februari dan menahan seorang kontraktor lelaki pada 28 Februari setelah dipercayai terlibat rasuah dan penyelewengan hartanah.
Tiga daripada tujuh individu, iaitu dua pemaju dan seorang kontraktor, dibebaskan dengan jaminan SPRM pada 3 dan 7 Mac lepas, sementara empat yang lain dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Related Posts :
Selangor optimis perkasa aliran pendidikan agama HARAKAHDAILY | 28 Ogos 2016. KUALA LUMPUR: Selangor optimis untuk terus menjana skop pendidikan negeri 2017 merangkumi aspek pembangunan madrasah integrasi tahfiz. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Agama Islam dan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, jaminan tersebut bakal dizahirkan menerusi pembentangan Belanjawan 2017. Katanya, untuk tempoh itu memang sudah ada persediaan bajet kerana sebelumnya, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ada maklumkan sejumlah peruntukan untuk pembangunan negeri 2017. “Saya kira perkara ini juga tentu sekali melibatkan aspek pembangunan sekolah integrasi tahfiz seluruh negeri,” katanya dipetik SelangorKini. Beliau ditemui pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kompleks Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Sijangkang di pekarangan Masjid Jamiul Ehsani, hari ini. Dalam pembentangan Belanjawan 2016 lalu, sejumlah RM6 juta diperuntukkan bagi tujuan pembangunan pendidikan aliran agama merangkumi prospek pendidikan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil dan Sekolah Agama Rakyat. Sementara RM2 juta lagi diperuntukkan bagi Program Pendidikan Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat akan menjadikan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Selangor optimis untuk terus menjana skop pendidikan negeri 2017 merangkumi aspek pembangunan madrasah… Read More...
ADAKAH TUN RAZAK JUGA PENGKHIANAT KERANA BEKERJASAMA DENGAN PEMBANGKANG SELEPAS TRAGEDI 1969?
shahbudindotcom
Berikut ini adalah tulisan seorang "bangsa Kelantan" yang menetap di luar negara berdasarkan tontonannya secara live ucap… Read More...
Yang kaya terus kaya, yang miskin papa kedana; benarkah UMNO bela Melayu?… Read More...
[Video] "Kalau ada demo tiap-tiap tahun lagi ok"...Kita jumpa dalam #Bersih5 nanti!Ahad, 28 Ogos 2016
Kalau ada demo tiap-tiap tahun lagi ok, kata peniaga
Faida Rahim
| August 27, 2016
Seorang peniaga aiskrim ya… Read More...
Perhimpunan Label Mahasiswa Dipromosi Penuhi Impian Tun M & Pakatan HarapanAIDCNews
Label mahasiswa dipromosi dalam perhimpunan jalanan hari ini untuk mencapai impian Tun Mahathir Mohamad dan Pakata… Read More...
0 Response to "Rasuah Exco: Shahrir bongkak, perkecil maruah bangsa Johor"
Posting Komentar