Loading...
Rupanya KDN Dan Polis Tidak Ada Maklumat Perisik Asing Dalam Di Negara Ini. Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis tidak mempunyai maklumat berkaitan jumlah agen perisik asing di negara ini.
Ini susulan tiada negara asing mengisytiharkan agen perisikan mereka kepada Malaysia.
“Bagaimanapun, kementerian melalui cawangan khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperingkatkan lagi usaha untuk mengumpul maklumat risikan bagi menentukan tiada lagi kejadian seperti pembunuhan Kim Jong-nam berlaku di negara ini,” kata menteri.
Rupanya KDN Dan Polis Tidak Ada Maklumat Perisik Asing Dalam Di Negara Ini. Perkara itu dijelaskan dalam jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang menjawab soalan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) di parlimen.
Sim mahu tahu jumlah agen asing di Malaysia dan status terkini kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara Jong-un itu.
Berkaitan kes itu, kerajaan bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat baru kerana bimbang mengganggu proses siasatan.
SB gagal, kata MP
Sementara itu, Sim dalam kenyataannya selepas itu menyifatkan apa yang berlaku menunjukkan kegagalan pihak polis dan Cawangan Khas (SB) menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan negara.
Rupanya KDN Dan Polis Tidak Ada Maklumat Perisik Asing Dalam Di Negara Ini
Beliau juga menyifatkan jawapan menteri itu sebagai “kurang cerdik”.
“Ejen pengintip adalah menjadi kebiasaan dunia pengintipan. Setiap negara di dunia mempunyai ejen pengintip beroperasi di negara lain.
“Memang menjadi tanggungjawab SB dan PDRM untuk mengumpul maklumat ejen pengintip daripada jaringan pengintipan.
“Jika KDN atau PDRM tidak mempunyai maklumat anggaran ejen pengintip yang beroperasi di Malaysia, maka mereka gagal.
“Barangkali ini adalah sebab Kim Jong Nam dibunuh di Malaysia,” katanya lagi.
Rupanya KDN Dan Polis Tidak Ada Maklumat Perisik Asing Dalam Di Negara Ini. Beliau justeru berharap pihak polis dan SB dalam menunjukkan usaha terhadap ancaman ejen pengintip luar, daripada mengintip aktiviti pemimpin Pakatan Harapan.- mk
Iklan
Loading...
0 Response to "Rupanya KDN Dan Polis Tidak Ada Maklumat Perisik Asing Dalam Di Negara Ini"
Posting Komentar