Loading...

RUU355 PAS Tak Kisah Siapa Bawa

Loading...
RUU355 PAS Tak Kisah Siapa Bawa. PAS berkata keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak membawa rang undang-undang persendirian (RUU) bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau RUU 355, tidak akan menjejaskan “apa-apa bagi pihak PAS”.

“Situasinya adalah ‘kekal pada format asal’. Sememangnya, ahli Parlimen PAS sejak awal telah diletakkan dalam ‘mode standby’ bagi menghadapi perbahasan di Parlimen,” kata Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hasan.


RUU355 PAS Tak Kisah Siapa Bawa. Menurutnya, tidak menjadi isu siapa yang membawa usul tersebut, yang pertama kali dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai RUU persendirian.

“Apa yang penting Akta 355 mesti dan berjaya dipinda.”

Semalam, Najib yang juga pengerusi BN mengumumkan kerajaan tidak akan mengambil alih RUU itu selaras dengan amalan konsensus gabungan itu.

“Rang undang-undang ini akan terus menjadi bil persendirian, dan terserah kepada Speaker (Dewan Rakyat) untuk menentukan,” kata Najib.

Keputusan itu 2 minggu selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata BN akan membentangkan sendiri RUU 355 di sidang Dewan Rakyat kali ini walaupun berdepan risiko kehilangan “kawan”, dipercayai merujuk parti komponen lain seperti MCA dan MIC yang menentang usul tersebut.

RUU355 PAS Tak Kisah Siapa Bawa


“Biarlah kita kehilangan segelintir ‘kawan’ kita, tapi kita akan dapat ‘kawan baru’ yang kumpulannya lebih besar bersama kita,” kata Zahid dipetik Utusan Malaysia pada Mac 18.

PAS kena kencing?

Nasrudin mempersoalkan tanggapan sesetengah pihak yang keputusan BN semalam menunjukkan PAS dipermainkan Umno.

“Sekali lagi musuh politik PAS pantas mencaras kononnya PAS menjadi mangsa ‘game’ Umno dan BN. Entahlah, mana satu yang betul?

“Jika PAS bentang, mereka kata ‘PAS diperalat oleh Umno dan BN, kenapa tidak kerajaan BN sahaja yang membentangnya ke Parlimen? Bukankah UMNO menyokong? Maka sepatutnya BN yang bentang, bukan PAS’.”

Nasrudin berkata reaksi sama di kalangan “musuh PAS” dilihat ketika Zahid mengumumkan kerajaan mengambil alih usul itu.

“Kononnya PAS kena kencing oleh Umno. Pada mereka, serba tidak kena,” kata ahli Parlimen Temerloh itu.

RUU355 PAS Tak Kisah Siapa Bawa


Beliau berkata pendirian PAS tidak berubah.

“Insya Allah, PAS akan meneruskan langkahnya menuju destinasi dengan langkahan bergaya tanpa tempang.”

RUU 355 pertama kali dibentangkan Hadi pada Mei 2016, dan pada November lalu, ahli Parlimen Marang itu meminda usul tersebut dengan mencadangkan hukuman penjara ke atas pesalah syariah ditambah kepada 30 tahun, denda kepada maksima RM100,000 dan hukuman sebat kepada maksima 100 kali.

RUU355 PAS Tak Kisah Siapa Bawa. Ia menerima sokongan beberapa pemimpin Umno, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang hadir bulan lalu pada perhimpunan dianjurkan PAS bagi menyatakan sokongan terhadap usul itu. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "RUU355 PAS Tak Kisah Siapa Bawa"

Posting Komentar