Loading...

Selangor Catat Kes Bankrap Tertinggi

Loading...
Selangor Catat Kes Bankrap Tertinggi. Selangor mencatat jumlah kes bankrap tertinggi di Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Memetik perangkaan Jabatan Insolvensi Malaysia, beliau berkata setakat Februari lalu, terdapat 292,086 kes kebankrapan yang aktif dan masih belum diselesaikan.

“Daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan kes tertinggi di seluruh negara, dengan 70,817 kes,” katanya.

Selangor Catat Kes Bankrap Tertinggi. Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-undang Kebankrapan (Pindaan) 2016 bagi bacaan kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Azalina berkata 59% daripada kes kebankrapan melibatkan golongan muda, iaitu dari usia 25 hingga 44 tahun.

“Ini perangkaan yang membimbangkan. Peminjam sewa beli kenderaan dan pinjaman peribadi merupakan sebab utama bankrap di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata pindaan dibuat bagi membolehkan undang-undang berkaitan kebankrapan di Malaysia selaras dengan perundangan antarabangsa dan perkembangan semasa.

Selangor Catat Kes Bankrap Tertinggi


“Kerajaan prihatin dengan isu ini, terutama mereka yang diisytiharkan bankrap kerana menjadi penjamin. Mereka tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya tanpa tindakan diambil terhadap peminjam terlebih dulu,” katanya.

Beliau berkata pindaan ini juga akan menyentuh kes bankrap melibatkan penjamin sosial, penghidap penyakit kronik dan warga emas.

Selangor Catat Kes Bankrap Tertinggi. Katanya, ia sejajar dengan titah Yang Dipertuan Agong dalam istiadat pembukaan penggal ke-5 Majlis Parlimen ke-13 yang kerajaan akan meminda akta itu bagi memberikan peluang kepada mereka yang diisytiharkan bankrap untuk “bangun semula”. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Selangor Catat Kes Bankrap Tertinggi"

Posting Komentar