Loading...

Sultan Johor Sanggup Tanggung Rugi

Loading...
Sultan Johor Sanggup Tanggung Rugi. Sultan Johor sanggup menanggung kerugian jika projek Rumah Impian Sultan Ibrahim tidak memberi keuntungan.

Berita Harian hari ini memetik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai bertitah, skim berstatus hak milik bebas itu adalah yang pertama seumpamanya dan bakal dibangunkan di Bandar Dato Onn di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim.

Sultan Johor Sanggup Tanggung Rugi. “Saya percaya projek ini tidak akan rugi, tapi kalau rugi, saya akan tanggung. Anggaplah ia amal jariah saya untuk rakyat,” kata baginda dipetik akhbar harian itu.

Titah baginda, projek itu turut membabitkan pembinaan rumah kedai. “Jika rumah kedai itu boleh menghasilkan keuntungan, ia akan bantu balik subsidi pada rumah yang ada.”

Projek perumahan banglo atau rumah berkembar berharga di bawah RM100,000 seunit itu dijangka dibina di kawasan seluas 24 hektar, di mana setiap unit berkeluasan 1,100 kaki persegi dan dilengkapi 3 bilik tidur serta sebuah bilik dayang (pembantu rumah).

“Saya akan pastikan rumah itu berkualiti dengan menggunakan bumbung atap genting, saya tidak mahu pakai kayu, sebaliknya mahu yang bersalut dengan besi.

Sultan Johor Sanggup Tanggung Rugi


“Tidak mahu guna pintu plywood yang murah dan tidak tahan lama, sebaliknya saya mahu yang bermutu tinggi. Saya mahu rakyat berpuas hati dan saya juga tidak akan malu.”

Baginda juga berhasrat membina rumah tidak berpagar bagi mengeratkan silaturahim antara jiran.

“Di kawasan rumah tidak berpagar, sesama jiran boleh bergaul dan berbual petang-petang.”

Sultan Ibrahim bertitah, sekiranya kerajaan negeri hendak mengambil alih projek itu, ia mestilah mengikut konsep asalnya.

Baginda mendapat ilham untuk membina rumah mampu milik itu kerana harga rumah dan tanah terlalu tinggi berbanding 40 tahun lalu.

Sultan Johor Sanggup Tanggung Rugi


“Dulu harga tanah di Taman Pelangi, Johor Bahru tidak sampai 20 sen sekaki, sekarang ia mencecah RM100 sekaki.

“Kerajaan buat rumah mampu milik, tapi harganya terlalu tinggi untuk rakyat dan ia kemudiannya menjadi rumah mampu tengok saja.” - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sultan Johor Sanggup Tanggung Rugi"

Posting Komentar