Loading...
Sarjan wanita didakwa rasuah
MELAKA TENGAH - Seorang sarjan polis wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan berniat, bersetuju dan menerima rasuah berjumlah RM18,5000 di Alor Gajah, dua minggu lalu.
Tertuduh, Rasyidah Onn, 27, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketiga-tiga pertuduhan didakwa ke atasnya di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas ia dibacakan jurubahasa.
Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua Rasyidah didakwa cuba menerima suapan RM6,500 dan bersetuju menerima suapan RM6,000 daripada Ahmad Firdaose Ramlan, 31, sebagai dorongan tidak menuduhnya adiknya, bersama tiga rakan yang lain kerana memiliki air ketum.
Kesalahan bagi kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan melalui panggilan telefon di Pejabat Surahanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka pada jam 11.13 pagi dan 2.27 petang, 16 Mac 2017.
Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menerima wang suapan sebanyak RM6,000 daripada individu sama bagi tujuan sama di Pizza Hut Delivery (PHD) di Pusat Perniagaan Jelatang, Alor Gajah, jam 4.35 petang pada hari sama.
Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Rasyidah didakwa mengikut Seksyen 24 (1) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mengikut mana-mana jumlah lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM negeri, Ong Cheng Hian sementara tertuduh diwakili peguam James Thanjong Tuan.
Loading...
0 Response to "TAK CUKUP GAJI ?"
Posting Komentar