Loading...

Tun M akan turun ke Padang Rengas debat dengan Nazri

Loading...
ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Selepas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan kesediaan berdebat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, kini giliran mantan Perdana Menteri itu memberi maklum balasnya.
 
Menurut seorang pembantu Dr Mahathir kepada Malaysiakini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mengalu-alukan kesediaan Nazri untuk berbahas.
 
Pembantu itu yang enggan didedahkan identitinya kepada umum berkata, persediaan juga mula diadakan.
 
Malah pembantu terbabit berkata, debat itu akan diadakan di kawasan parlimen Nazri sendiri, iaitu di Padang Rengas, Perak.
 
"Butiran mengenai urusan debat itu akan dikemukakan kepada pejabat Nazri tidak lama lagi untuk pengesahan," katanya kepada portal tersebut.
 
Terdahulu, Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno bersetuju untuk berdebat dengan Dr Mahathir mengenai 1MDB.
 
Selain isu 1MDB, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu juga bersedia berbalas hujah mengenai isu Bumiputra Malaysia Finance (BMF)  serta dana RM2.6 bilion mengaitkan Datuk Seri Najib Razak.
 
Nazri berkata, beliau sedia berdebat dengan Dr Mahathir sebaik saja pulang dari luar negara.
 
Nazri yang kini sedang dalam lawatan kerja ke Berlin, Jerman, dijangka pulang ke Malaysia pada Isnin
 
 
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tun M akan turun ke Padang Rengas debat dengan Nazri"

Posting Komentar