Loading...

Ungkapan 'bodoh sombong', 'bangang' bergema di Parlimen

Loading...


Sidang Dewan Rakyat petang ini 'diwarnai' drama kata mengata di antara Ahli Parlimen AMANAH-Sepang, Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen BN-Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

Pada mulanya, Ahli Parlimen DAP-Bukit Bendera, Zairil Khir Johari bangun mencelah bagi mempertahankan pendiriannya mengenai isu Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) dan juga mahu memperbetulkan maksud 'bodoh sombong'.

Namun, penjelasan Zairil tidak diendahkan Ehsanuddin dan mahu ahli parlimen itu menarik balik perkataan tersebut.

Suasana terkawal semasa sidang itu mula bergelora apabila Hanipa bangun mencelah dan berlaku pertikaman lidah dengan Ehsanuddin.

Pertengkaran itu berlangsung beberapa minit dan ditenangkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat. - MK
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ungkapan 'bodoh sombong', 'bangang' bergema di Parlimen"

Posting Komentar