Loading...
Pada awalnya, pengadu mengatakan terdapat 11 orang hilang, tetapi 4 mangsa berjaya diselamatkan.
KENINGAU: Tujuh orang termasuk 3 kanak-kanak hilang dipercayai tertimbus dalam tanah runtuh di Kampung Sungai Labau, Sook dekat sini tengah hari semalam.
Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Unit Keningau dan Tenom, Staf Muda Bakri Isin mangsa yang hilang merupakan dua remaja perempuan masing-masing berumur 17 tahun, dua remaja lelaki masing-masing 13 tahun dan tiga kanak-kanak masing-masing 8 tahun, kesemuanya dipercayai rakyat Filipina.
Skuad Alpha APM Keningau menerima panggilan daripada Balai Polis Keningau memohon bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Katanya, polis menerima aduan daripada pengurus sebuah ladang kelapa sawit di kampung itu yang mengatakan tanah runtuh itu berlaku kira-kira 12.19 tengah hari dan turut menghempap rumah pekerja ladang kelapa sawit berkenaan.
“Rentetan daripada panggilan (Balai Polis Keningau) itu, anggota APM Keningau yang bertugas bergegas ke lokasi kejadian.
“Pada awalnya, pengadu mengatakan terdapat 11 orang hilang. Tetapi setibanya anggota APM di lokasi, pengadu memaklumkan 4 mangsa (daripada 11) berjaya diselamatkan,” katanya.
Bakri berkata sebuah jambatan yang menjadi penghubung jalan ke lokasi kejadian mengalami kerosakan dan laluan alternatif sedang dikenal pasti.
Turut menyertai operasi itu ialah 4 anggota dari Balai Polis Kinabatangan dan 2 pegawai serta lapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, katanya.
Loading...
0 Response to "7 termasuk 3 kanak-kanak hilang dalam tanah runtuh di Keningau"
Posting Komentar