Loading...

Aktivis Pendidikan Persoal Pendirian TPM Isu Perpaduan Di Sekolah

Loading...
Foto via FMT
PETALING JAYA: Seorang aktivis pendidikan mempersoalkan komitmen kerajaan mempertahankan kepelbagaian budaya yang disuarakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengkaji semula sistem pendidikan bagi “menggalakkan pemahaman antara budaya dan perpaduan negara”.

Zahid menyatakan Malaysia perlu mempunyai sistem sekolah tunggal dalam sistem pendidikan kebangsaan, manakala sistem vernakular dan Islam dibuat secara berasingan.

Datin Noor Azimah Abdul Rahim yang mengetuai Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE) memberitahu FMT, sistem sekolah tunggal akan menjejaskan kepelbagaian budaya, kaum, bahasa dan sosial di kalangan rakyat Malaysia.

“Kekuatan kita terletak pada kepelbagaian ini dan kerajaan juga setuju dengan pemahaman ini, kenapa baru sekarang nak ubah fikiran?”

Beliau berkata ibu bapa ada hak memilih apa yang terbaik untuk anak-anak mereka dan ia perlu dihormati.

Bercakap pada forum semalam, Zahid mengeluh tidak semua sekolah di negara ini mematuhi dasar pendidikan negara.

“Tidak ada titik pertemuan, ada tak pelajar dari sekolah agama bertemu pelajar dari sekolah Cina? Tidak ada.

“Jadi bila masa mereka berkomunikasi silang budaya? tidak ada negara di dunia ini mempunyai 3 sistem pendidikan, hanya di Malaysia.”

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad juga tidak bersetuju dengan Zahid.

Beliau berkata sistem pendidikan berbeza tidak mencipta perpecahan di kalangan rakyat Malaysia.

“Apa yang penting adalah sama ada kandungan pengajaran itu mencerminkan nilai universal seperti menghormati orang tua dan mereka daripada pelbagai latar belakang budaya,” katanya kepada FMT.

Pengarah Komunikasi Amanah itu berkata, dakwaan sekolah tidak menggalakkan perpaduan negara tidak boleh dijadikan sebab untuk menghapuskan aliran berbeza.

“Sekolah bukan tempat mewujudkan ketegangan, perpecahan yang berlaku biasanya disebabkan faktor di luar sekolah seperti senario politik semasa.”

Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mencadangkan pengajaran mengenai kepentingan perpaduan diperkenalkan lebih awal kepada kanak-kanak.

“Perkenalkan kurikulum perpaduan bermula dari pra-sekolah,” katanya.

Beliau mencadangkan sekolah merangka program untuk pelajar pelbagai kaum berinteraksi.

Sumber: FMT

jobs from my.neuvoo.com

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Aktivis Pendidikan Persoal Pendirian TPM Isu Perpaduan Di Sekolah"

Posting Komentar