Loading...
Apa guna pendapatan dari GST, tanya Anwar
SHAH ALAM - Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bersifat agresif dan hanya memihak golongan kaya.
Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan GST ini pasti menyumbang ke arah meningkat kesenjangan pendapatan di antara rakyat yang miskin dan yang kaya yang diakui semua pakar ekonomi
“Walaupun ketika pendapatan daripada hasil minyak mentah negara semakin berkurangan akibat harga minyak mentah dunia yang tidak meningkat, GST mampu menyumbang kepada pendapatan kerajaan, tetapi secara dasarnya ia tidak membantu mencerahkan masa depan negara sekiranya tatakelola dan urustadbir kerajaan tidak diperbaiki.
“Apa guna pendapatan kerajaan dari GST meningkat tahun demi tahun jika pendapatan rakyat tidak meningkat? Jika lebih 10 peratus anak muda yang boleh bekerja tidak dapat mencari kerja? Jika setiap bulan bila ke pasar jumlah yang boleh dibeli dengan RM100 semakin berkurangan?.
“Saya ulangi gesaan saya dari awal bahawa sebelum melaksanakan cukai tambahan terhadap rakyat, kerajaan BN harus menghentikan amalan boros dan ketirisan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan laporan tahunan Ketua Audit Negara, jumlah ketirisan dan boros dianggarkan dalam jumlah puluhan biilion ringgit.
Katanya, ini berikutan amalan pembidaan tanpa tender dan rasuah yang berleluasa.
“Pendirian kami di Keadilan dan di Pakatan Harapan adalah perlaksanaan GST harus dibatalkan dengan menggunakan kadar sifar sementara menghentikan amalan boros, membanteras rasuah serta merangka sistem puncukaian progresif yang menjaga kepentingan rakyat,” katanya.
Loading...
0 Response to "ANUAR SUDAH BOLEH BERSUARA DARI DALAM PENJARA ?"
Posting Komentar