Loading...

Datuk Adam Rosly Didakwa Beri Keterangan Palsu

Loading...
Datuk Adam Rosly Didakwa Beri Keterangan Palsu. Selepas rumah banglonya disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, Ketua PKR Ampang Datuk Adam Rosly hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 6 pertuduhan berkait keterangan palsu.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla), yang berkait kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan pada Februari lepas.

Datuk Adam Rosly Didakwa Beri Keterangan Palsu. Kedua-dua kesalahan itu boleh membawa hukuman denda sehingga RM3 juta dan penjara tidak melebihi 5 tahun.

Adam, 28, tiba di mahkamah hari ini dengan berbaju lokap berwarna jingga, dan diwakili peguamnya, Ahmad Zaidi Zainal. Turut hadir menyatakan sokongan untuk beliau ialah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Hakim Allaudeen Ismail meletakkan wang jaminan RM300,000, dan mengarahkan pasport Adam dirampas. Sebutan kes ditetapkan pada 29 Mei.

Adam ditahan sejak 13 April bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa termasuk sebuah banglo mewah.

Datuk Adam Rosly Didakwa Beri Keterangan Palsu


November tahun lalu, beliau menjadi sasaran Datuk Seri Jamal Yunos yang mempersoalkan kekayaan “luar biasa” Adam.

Ketua Umno Sungai Besar itu membawa beberapa wartawan menaiki helikopter untuk meninjau banglo mewah milik Adam, sambil mempersoalkan sumber “kekayaan luar biasa” pemimpin PKR itu.

Susulan itu, Ketua Bahagian Umno Ampang Datuk Ismail Kijo membuat laporan kepada SPRM.

Sebelum ini, Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang menafikan Adam pernah bertugas di bawahnya.

Datuk Adam Rosly Didakwa Beri Keterangan Palsu


“Cubaan untuk mengaitkan kedudukan saya selaku ahli Parlimen Ampang dengan Adam Rosly yang kini dalam siasatan SPRM adalah percubaan lemah untuk memacu persepsi umum ke arah mengaitkan saya dalam kes tersebut,” katanya pada Rabu. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Datuk Adam Rosly Didakwa Beri Keterangan Palsu"

Posting Komentar