Loading...

dup,dup,dup pkr %$#@&^* ? Grrrrrrr , PKR ...#@$%^&%$#@ PUTUS ! PAS pkr PUTUS !

Loading...
Desak Pas bertegas isu tahalluf siyasi
Desak Pas bertegas isu tahalluf siyasi
 
Suasana Muktamar Dewan Ulama Pas yang berlangsung hari ini. – Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
 
ALOR SETAR - Pas didesak bertegas berhubung isu tahalluf siyasi bersama PKR.

Perwakilan Dewan Ulama Pas Selangor, Nik Bakri Nik Mat berkata, pihaknya telah membuat ketetapan berhubung isu itu namun menunggu parti memuktamadkan.

"Kami sudah buat keputusan tetapi tak mahulah dahului keputusan parti. Kalau boleh mahu putus segera (PKR) kerana menyinggung kita  dengan penghinaan kepada tuan guru kita terutama Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya, ketika berucap di Muktamar Dewan Ulama, hari ini.

Sehubungan itu, Nik Bakri secara menyindir 'menasihati'  Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali agar tidak bermulut celupar dengan menghina ulama.

"Menteri Besar Selangor dari PKR sebelum ini gelar seseorang sebagai 'tok lebai yang kalah tersungkur'. Ini suatu penghinaan, kami tak boleh terima," katanya.

Beliau turut melahirkan kebimbangan pudarnya pejuang ulama susulan dikelilingi jawatan sehingga hilang fokus perjuangan.

"Marilah kita letak kepercayaan penuh kepada kepimpinan ulama presiden," katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "dup,dup,dup pkr %$#@&^* ? Grrrrrrr , PKR ...#@$%^&%$#@ PUTUS ! PAS pkr PUTUS !"

Posting Komentar