Loading...
Enam Maut Dihempap Treler Kemalangan Di Lebuhraya PLUS. Enam maut apabila kereta dinaiki mereka dihempap treler di Kilometer 403.3 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Tanjung Malim hari ini.
Laporan BH Online menyebut, kejadian kira-kira 7.30 pagi itu berlaku apabila treler dari arah utara itu terbabas dan serta terbalik di laluan bertentangan akibat tayar pancit dan menghempap kereta mangsa.
Dalam pada itu , Utusan Online pula melaporkan, pihak bomba menerima panggilan pada pukul 7.41 pagi dan mengerahkan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu serta Tanjung Malim ke lokasi kejadian.
Enam Maut Dihempap Treler Kemalangan Di Lebuhraya PLUS
Mangsa pertama dikeluarkan pukul 8.25 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan manakala mangsa terakhir dikeluarkan pukul 9.40 pagi, kata jabatan itu dalam satu kenyataan. - fmt
Iklan
Loading...
0 Response to "Enam Maut Dihempap Treler Kemalangan Di Lebuhraya PLUS"
Posting Komentar