Loading...
Harap RUU 355 dibentang minggu ini
Nik Mohd Abduh
SUNGAI SIPUT (U) - Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 (RUU 355) diharap dapat dibentangkan sebelum sidang Parlimen tamat minggu ini.
Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, beliau berharap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan rang undang-undang itu dibentangkan.
Menurutnya, usaha membentangkan usul itu kembali kepada asal iaitu usul persendirian apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan tidak membentangkan RUU 355 dalam Dewan Rakyat.
“Isu ini balik asal (menjadi usul persendirian). Najib pun ada beri kenyataan rasmi bahawa usul ini akan kekal sebagai usul persendirian dan akan dibawa Presiden Pas nanti.
“Harap usul ini dibenarkan dibentangkan seperti mana dua kali dibenarkan sebelum ini. Minggu ini minggu akhir Parlimen, jadi kita harap akan ada satu hari untuk Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bentangkan dan dibahaskan usul tersebut,” katanya selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pemuda Pas Negeri Perak kali ke-34, di sini, semalam. Turut hadir Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin.
Sementara itu, Mohd Akmal menyangkal dakwaan sesetengah pihak menyatakan Pas dipermainkan dalam isu RUU 355.
Katanya, persepsi itu ditimbulkan lawan Pas dengan tujuan mendapatkan sokongan rakyat dan menggambarkan seolah-olah parti itu lemah.
“Pas dari dulu memang begini, bila buat satu perkara, kami konsisten," katanya.
Loading...
0 Response to "Kalau bentang minggu ini apa pakatan harapan akan kata lagi ?"
Posting Komentar