Loading...
Oleh Zainudin Maidin
LEDAKAN PELURU KAPOR DARI MARIAM KATAK UMNO
Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir telah mencapai suatu lagi kemenangan politik percuma paling bermaruah dan bergaya apabila debatnya dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang dijadualkan pada 7 April ini atas anjuran Sinar Harian telah dibatalkan.
Ini adalah oleh kerana pembatalannya dilakukan oleh kerjaan yang berkuasa di bumi dan di alam maya dan Tun Mahathir yang hanyalah seorang yang "Nyanyuk," dan " Gila". Apapun alasan diberikan, pandangan rakyat pastilah kerajaan tak berkemampuan hadapi Tun Dr.Mahathir
Masih merah dalam ingatan rakyat debat "Nothing To Hide" yang dibatalkan dan penganjurnya dikutuk.Apakah Nazir yang mahu menebus imejnya sebagai "Pondan Padang Rengas" akan menerima nasib yang sama. Beliau telah membuktikan kelakiannya dan tentunya rakyat yang diwakilinya tetap berbangga dengan keberaniannya.
Kerana kegerunan dan kepondanan yang tersembunyilah (bukan Nazri lagi) menyebabkan Utusan Malaysia melepaskan tembakan peluru kapurnya menuntut supaya Penasihat DAP Lim Kit Siang menjadi Pengerusi Pakatan Harapan.
Disebalik desakan ini ialah UMNO tidak mahu Tun Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan.
Jika Tun Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan,dengan kewibawaan dan sejarah politiknya yang hebat akan dengan sendirinya menolak tohmahan UMNO bahawa DAP hendak memperalatkan Melayu.
Ini terserlah dari tulisan pengulas politik Mingguan Malaysia yang tersuhur di abad ini, Zulkifli Jalil yang bertanya dalam tulisannya di MM hari ini" Apakah DAP mampu megawal Dr.Mahathir seandainya Pakatan Harapan berkuasa?"
Inilah sebenarnya kekhutiran yang tersembunyi di sebalik wajah berani Najib dan ledakan peluru-peluru kapor UMNO dari mariam-mariam katak UMNO seperti Salleh Said Keruak,Mahdzir Khalid dan keturunan diraja negeri Kedah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
Loading...
0 Response to "Kemenangan Paling Bermaruah Tun Mahathir Ke Atas Najib"
Posting Komentar