Polis klasifikasikan sebagai kes bunuh
Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR - Polis mengklasifikasikan semula kes kematian pelajar tahfiz yang dilapor dipukul pembantu warden asrama sekolahnya sebagai kes bunuh.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Kes adik Mohamad Thaqif Amin - PDRM ucapkan takziah kepada keluarga anak ini dan telah mengklasifikasikan semula siasatan di bawah Seksyen 302 (Kanun Kesiksaan) kerana bunuh," kata beliau di laman Twitternya hari ini.
Beliau turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Mohamad Thaqif Amin.
Berikutan itu, Khalid berkata, polis akan mendapatkan laporan penuh perubatan dan melengkapkan siasatan dengan segera.
"Kes adik Mohamad Thaqif Amin - PDRM akan dapatkan laporan penuh perubatan dan lengkapkan siasatan dengan segera," kata Khalid.
Mohamad Thaqif Amin, 11, meninggal dunia pada 2.05 petang tadi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, tempat pelajar itu mendapatkan rawatan.
Pelajar tahfiz itu dijadual menjalani pembedahan memotong tangan kanannya dari bahagian jari hingga bawah siku pagi tadi, namun ditangguhkan berikutan keadaan jantungnya tidak stabil.
Kedua belah kakinya sebelum ini telah dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak pada bahagian lain tubuhnya. - Bernama
Related Posts :
Promosi Produk Cuckoo Terhebat Dan Murah
Promosi Produk Cuckoo Terhebat Dan Murah. Promosi Produk Cuckoo Terhebat Dan Murah Kini Kembali. Untuk Penapis Air Cuckoo, Penapis Udara C… Read More...
[Video Felda TENAT disebabkan Politik NajibUmnoBN] Perak kome hangusss weiii! Pemimpin PAS dan UMNO macam2 depa fitnah, takutkan pendeposit Tabung Haji..Sebenarnya Umno+Pas+GPS+Bung pun dah takut, ahli tegar bergerombolan tinggalkan parti senyap2.Sasbtu, 13 April 2019
Rompakan siang hari UMNO Perak, duit rakyat RM22 juta hangus!
Pemimpin PAS dan UMNO Macam macam depa fitnah, taku… Read More...
Punca Kenapa Raja-raja Melayu Tiada Kuasa MutlakDisebalik pertelingkahan dengan istana mengenai isu pelantikan menteri besar Johor, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sekali lagi memberi… Read More...
[Video DI JEPUN, POLITIKUS HARAKIRI Kerana Skandal Kewangan] Najib sudah di kandang tertuduh, Tok Mat masih tak tahu? PAS layan rakyat macam orang bodoh! Tun M: Johor bukan negara asing & Masuk gelanggang tunjuk kejantanan kamu sebagai 'pahlawan atau lanun Bugis'.Sabtu, 13 April 2019
Johor bukan negara asing kata Tun M...
Masuk gelanggang tunjuk kejantanan kamu sebagai pahlawan atau la… Read More...
[Video Mat Sabu: Saya Nak Cakap Hal Melayu Malam Ini] Polis: Berlian merah jambu RM94 juta dibeli guna wang 1MDB..So jangan haraplah Najib & Rosmah akan tidur lena slps ini.Sabtu, 13 April 2019
Terdahulu Timb. Menteri Kewangan beritahu di Dewan Rakyat bahawa tiada pembelian berlian merah jam oleh seorang ister… Read More...
0 Response to "KES BUNUH, MENYEBABKAN KEMATIAN"
Posting Komentar