Loading...

KITA TUNGGU, JIK TERTAKLUK KEPADA YANG DIPERTUA DEWAN RAKYAT E

Loading...
RUU355 dijangka dibentang 6 April: TPM
Ahmad Zahid Hamidi
Zahid Hamidi - Foto Bernama

PETALING JAYA - Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 April ini.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menurutnya, keputusan untuk membentangkan RUU 355 diserahkan kepada budi bicara Speaker sama ada tempoh huraian pindaan ini diberi secukupnya dan juga perbahasan akan dibuat atau sebaliknya.

"Tetapi saya yakin pengundian tidak akan dilakukan, walau bagaimanapun terserah kepada Speaker untuk menentukan tatacara di dalam persidangan dewan itu diikuti budi bicaranya,"katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), ke 24 di sini hari ini.

Beliau berkata, kini RUU 355 akan dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai rang undang-undang persendirian.

"Peluang untuk membentangkan RUU 355 adalah selepas semua urusan kerajaan selesai, persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berakhir pada 6 April,"katanya.

Tegas Ahmad Zahid, Dewan Rakyat mempunyai perundangan rasmi untuk menggunakan kuasa Speaker bagi menentukan sama ada RUU 355 boleh dibentangkan sebagai usul persendirian atau melalui tatacara.

Terdahulu, bekas anggota parlimen Benut, Mohamed Tawfik Ismail, mengemukakan permohonan mendapatkan pengisytiharan mahkamah dengan mendakwa usul meminda Akta 355 yang dibawa Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat sebagai bercanggah dengan perlembagaan.

"Saya menyedari apa yang dibuat oleh Mohamed Tawfik, dan itu adalah hak dia sebagai rakyat untuk melakukan tindakan mahkamah,"katanya.

Dalam permohonannya Mohamed Tawfik mendakwa, usul Presiden Pas itu akan memberi kesan perundangan kepada dasar negara berkait undang-undang jenayah sekali gus memberi kesan kepada orang Islam dan bukan Islam di Malaysia.

Mohamed Tawfik memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya melarang Dewan Rakyat memberi laluan kepada usul Abdul Hadi atau sebarang usul lain yang ada kaitan dengan Akta 355 sama ada dibentang atau dibahaskan
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KITA TUNGGU, JIK TERTAKLUK KEPADA YANG DIPERTUA DEWAN RAKYAT E"

Posting Komentar