Loading...

MAIN POLITIK TAK PA, HANG TU PENGKHIANAT LAGI TERUK !

Loading...
'RUU355 hanya mainan politik Umno/BN'
 Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
 
SHAH ALAM - Amanah tidak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Tun Razak bahawa kerajaan Persekutuan tidak membentangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (RUU355) di Parlimen ekoran keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional. 

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, ini membuktikan bahawa segala-galanya hanyalah mainan politik Umno dan Barisan Nasional.

“Jika benar-benar kerajaan ikhlas dan yakin bahawa isu RUU355 sebagai keperluan penting perundangan dan isu substantif, pastinya kerajaan sendiri akan mengambil inisiatif memindanya.


“Namun begitu, RUU355 telah digunakan sebagai umpan untuk menarik Pas keluar dari muafakat Pakatan Rakyat hingga Parti itu berpecah selepas berlakuknya pembersihan golongan progresif dan pro-PR,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, Najib mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak akan membentangkan pindaan Akta RUU355 di Parlimen dan ia akan kekal sebagai RUU persendirian.

Katanya kerajaan menyerahkan kepada Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menentukan kedudukan RUU itu, sama ada akan dibentangkan atau tidak, berdasarkan kepada peraturan dewan.

Mengulas lanjut, Mohamad atau lebih mesra disapa Mat Sabu berkata, RUU355 berjaya memecahbelahkan umat Islam sendiri sehingga mengheret ke kancah 'takfiri'.

“Pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut digunakan mengatakan semua ahli parlimen ‘wajib’ sokong, sedangkan ia adalah proses legislatif (at-Taqnin) melalui perbahasan dan perdebatan untuk mencari langkah-langkah terbaik dalam memperkasakan Mahkamah Syariah.

“'Himpunan Ungu' di Padang Merbok pula memperlihatkan terdesaknya Pas dan Umno mahu menggunakan sentimen Islam-Melayu sehingga menimbulkan kebimbangan kepada asas negara ini dibina iaitu permuafakatan dan perpaduan nasional antara kaum dan agama" katanya lagi.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MAIN POLITIK TAK PA, HANG TU PENGKHIANAT LAGI TERUK !"

Posting Komentar