Loading...
Bekas 'orang' Umno dilantik sebagai Srikandi Bersatu
Ketua Srikandi Bersatu Rina Harun, 44, duduk kiri sebelah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PETALING JAYA - Bekas Exco Puteri Umno Rina Mohd Harun, 44, hari ini dilantik sebagai Ketua Srikandi Bersatu.
Pengumuman lantikkan itu dibuat Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut mengumumkan lantikkan 20 ahli jawatankuasa pusat dan tujuh ketua penaja negeri Sayap Srikandi.
"Ini adalah satu langkah yang penting dalam usaha kita untuk memantapkan saf kepimpinan Bersatu.
"Kerana kita mengiktiraf tentang pentingnya sumbangan wanita dalam politik Bersatu untuk berjuang bersama-sama barisan kepimpinan kita dan bersama yang lain dengan suatu agenda untuk menyelamatkan Malaysia," katanya dalam sidang media di Yayasan Selangor, di sini, hari ini.
Katanya lagi, lantikkan kepimpinan ini juga bertujuan untuk menguatkan lagi Bersatu terutama bagi menghadapi PRU14 nanti.
"Kerencaman kepimpinan Srikandi yang terdiri daripada pelbagai latar belakang diyakini dapat memantapkan lagi perjalanan Bersatu dalam arena politik negara," katanya.
Sementara itu, menurut Rina beliau telah bersiap siaga bagi membantu Bersatu untuk menghadapi segala cabaran memandangkan Bersatu masih 'bertatih'.
"Parti baharu mesti ada cabaran dan buat masa kini saya akan tarik seramai mungkin ahli wanita," katanya kepada pemberita.
Mengulas lanjut, Rina yang mempunyai kelulusan dalam bidang Pengurusan Perbankan dan Kewangan dari Universiti Northwood (Michigan, AS) berkata, dengan pelantikannya hari ini bermakna 'hari kerjanya sudah bermula'.
"Selepas ini kami akan mengadakan mensyuarat yang pertama dan selepas itu kita akan turun menemui Srikandi negeri," katanya.
Sebelum ini isu lantikkan Ketua Srikandi Bersatu pernah mencetuskan kontroversi apabila nama Anina Sauudin yang disebut-sebut untuk menerajui jawatan itu tidak dilantik.
Loading...
0 Response to "NI DIAAAA, SRIKANDI BERSATU"
Posting Komentar