Loading...

PAS BERSIAP SEDIA

Loading...

Pas tanding kerusi Dun, 10 Parlimen Pahang
Pas

KUANTAN - Pas negeri Pahang akan bertanding sekurang-kurangnya 30 kerusi Dun dan 10 kerusi Parlimen pada PRU14 akan datang.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata pertambahan sembilan kerusi Dun itu daripada  PRU13 merupakan komitmen bagi menunjukkan bahawa Pas mampu untuk memerintah negeri.

Rosli berkata , "Selepas Pas putus hubungan dengan DAP, Pas bebas bertanding di mana-mana kerusi   yang ditandingi DAP," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Pas Pahang 2017 di sini hari.

Hadir pada majlis itu ialah Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Andansura Rabu.

"Jika Parti Amanah Negara (PAN) yang merupakan rakan Pakatan Harapan yang di dalamnya ada PKR dan DAP bertanding di sesuatu kawasan itu,  maka  kita (Pas) juga akan bertanding.  Itulah yang menjadikan 30 kerusi," katanya. - Bernama
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS BERSIAP SEDIA"

Posting Komentar