Loading...

PAS MUNGKIN AKAN LETAK CALON DISEMUA KERUSI

Loading...
PKR mungkin letak gabungan muka baharu, lama
Muhammad Nur (duduk, tengaj) bersama-sama pimpinan PKR Negeri yang lain menunjukkan poster Konvensye
Muhammad Nur (duduk, tengaj) bersama-sama pimpinan PKR Negeri yang lain menunjukkan poster Konvensyen PKR Perak yang akan berlangsung 30 April ini.

IPOH - PKR Perak akan menampilkan gabungan muka baharu dan lama sebagai calon bagi PRU14 nanti.

Pengerusinya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, penyandang bagi kerusi sedia ada akan dikekalkan manakala beberapa calon baharu akan diketengahkan.

Beliau berkata, pada masa sama, PKR Perak juga akan menambah calon dalam kalangan wanita selain meletakkan calon pelbagai latar belakang memandangkan parti ini berbilang kaum.

"Secara prinsipnya PKR Perak akan mempertahankan jumlah dan kerusi-kerusi yang yang ditandingi pada PRU terdahulu. Namun kita tetap realistik dengan perubahan semasa landskap politik negara berikutan kemunculan Amanah dan Bersatu.

"Apa pun proses rundingan kerusi dan saringan bakal-bakal calon terus berjalan di samping pengukuhan jentera pilihan raya di setiap kawasan bertanding," katanya pada Sidang Media sempena Konvensyen Keadilan Perak di Pejabat PKR Negeri, di sini, hari ini.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS MUNGKIN AKAN LETAK CALON DISEMUA KERUSI"

Posting Komentar