Loading...
Azmin jaga Perak untuk menang PRU
IPOH - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan Perak sebagai negeri angkatnya dalam usaha memastikan kerusi yang tandingi PKR di negeri ini dimenangi pada PRU14 nanti.
Beliau berkata, bantuan akan diberikan dalam pelbagai bentuk seperti latihan kepada petugas, penyediaan risalah yang mengandungi maklumat mengenai dasar parti serta kejayaan-kejayaan negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan Harapan.
Menurutnya, Perak mempunyai potensi yang besar untuk dikuasai Pakatan Harapan dengan kerjasama politik bersama Pas.
"Saya ingin menyatakan bagi pihak PKR, saya akan ambil Perak sebagai negeri angkat saya.
"Bermula pada hari ini, saya akan pastikan setiap kawasan yang diwakili PKR bersiap sedia dari segi logistik, dari segi struktur dari segi jentera, kita mesti menang," katanya ketika berucap pada Konvensyen PKR Perak, di sini, hari ini.
Hadir sama merasmikan konvensyen berkenaan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan pimpinan PKR Pusat serta negeri.
Loading...
0 Response to "PKR AKAN TAWAN PERAK"
Posting Komentar