Loading...
Risikan pihak polis mendapati ada pihak tertentu mahu menimbulkan kekacauan sekiranya majlis debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz diteruskan, Jumaat ini.
Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata, keadaan itu memaksa polis membatalkan kelulusan terhadap penganjuran acara berkenaan yang dijadual diadakan di Shah Alam.
Beliau berkata demikian ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor hari ini.
Mohd Fuad berkata, sehingga kini, polis menerima 18 laporan yang dibuat orang awam dan penduduk sekitar lokasi debat itu akan diadakan.
Loading...
0 Response to "Polis perjelas sebab debat Mahathir-Nazri batal"
Posting Komentar