Loading...

Ribut Landa Muktamar PAS

Loading...
Ribut Landa Muktamar PAS. Kira-kira 18 orang disahkan cedera selepas ribut melanda kawasan sekitar Muktamar PAS yang sedang berlangsung di Komplek PAS Kedah petang tadi, yang turut merosakkan lebih 30 khemah jualan dan pameran.

Difahamkan, hujan lebat disusuli ribut kira-kira setengah jam kira-kira 7 petang menyebabkan beberapa khemah peniaga rosak.

Ribut Landa Muktamar PAS




Setiausaha Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamuddin ketika dihubungi FMT berkata, beberapa orang termasuk kanak-kanak mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.


“Kejadian berlaku kira-kira jam 7 petang, mengakibatkan lebih 30 khemah peniaga dan pameran sekitar muktamar rosak teruk. Juga ada yang mengalami kecederaan,” katanya.

Ribut Landa Muktamar PAS


Beliau berkata, pihak bomba dan Jabatan Amal PAS menyediakan bantuan kepada mangsa.


Muktamar yang akan berakhir Ahad ini dihadiri lebih 1,200 perwakilan dari seluruh negara. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucaptama pagi tadi manakala muktamar sayap berlangsung semalam dan kelmarin.

Ribut Landa Muktamar PAS.  Sementara itu, susulan insiden itu, program ceramah malam ini di kompleks itu dibatalkan. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ribut Landa Muktamar PAS"

Posting Komentar