Loading...

Semua sekolah tahfiz 
swasta wajib berdaftar dengan KPM

Loading...
SHAH ALAM 23 April – Semua sekolah tahfiz milik persendirian di negara ini akan diwajibkan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan bagi membolehkan kerajaan memantau serta me­ngawal selia aktiviti pembelajaran dan kebajikan para pelajar di institusi pendidikan itu.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, syarat itu merupakan salah satu perkara sedang diteliti pihaknya sebelum dasar baharu membabitkan hal ehwal sekolah swasta serta persendirian di negara ini dapat diperkenalkan tidak lama lagi.

“Ketika ini, saya difahamkan ada sekolah-sekolah tahfiz swasta yang beroperasi di negara ini berdaftar di bawah kerajaan ne­geri dan ada juga berdaftar dengan Kementerian Pendidikan.

“Bagaimanapun, ada juga kes sekolah-sekolah tahfiz yang tidak berdaftar langsung dengan mana-mana pihak sama ada kerajaan negeri atau kementerian.

“Maka sebab itu kita sedang berusaha merangka dasar baharu yang memerlukan semua sekolah tahfiz swasta berdaftar dengan kementerian supaya kita boleh memantau pembelajaran serta kebajikan para pelajar se­perti tahap keselamatan, kesihatan, pemakanan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Kejohanan Golf Amal Help 2017 di Glenmarie Golf & Country Club di sini hari ini.

Pada masa sama, Mahdzir ketika diminta mengulas kes seorang pelajar pusat tahfiz swasta di Kota Tinggi, Johor yang terpaksa dipotong ke­dua-dua belah kaki kerana didakwa dipukul oleh pembantu warden asrama pusat tahfiz berkenaan baru-baru ini memberitahu, beliau masih belum mendapat laporan penuh me­ngenai kejadian itu buat masa ini.

“Kita tidak tahu pusat tahfiz swasta itu berdaftar dengan kerajaan negeri atau sebaliknya. Namun, kita bersedia membantu kerajaan negeri dalam melaksanakan tindakan susulan mengenai perkara itu,” jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia

jobs from my.neuvoo.com

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Semua sekolah tahfiz 
swasta wajib berdaftar dengan KPM"

Posting Komentar