Loading...

TAK BOLEH NAK FIKIR, BETAPA LONGGARNYA KAWALAN

Loading...

Pejabat MB Kelantan dipecah masuk
Pejabat MB Kelantan dipecah masuk
Rakaman CCTV yang menunjukkan suspek sedang mengumpil.

KOTA BHARU - Pejabat Menteri Besar Kelantan dipecah masuk mengakibatkan sejumlah wang milik kakitangan di Kompleks Kota Darul Naim tersebut hilang.

Setiausaha Sulit Menteri Besar, Ahamd Syazwan Muhammad Hassan berkata, kejadian tersebut disedari kira-kira jam 7.50 pagi tadi setelah beliau tiba di pejabat tersebut dan mendapati dokumen berselerak.

“Setelah diperiksa ada kesan umpil pada laci dan rak besi.  Bilik pegawai dan kakitangan sepejabat juga ada kesan yang sama. Selain wang tunai dua cincin zamrud juga turut hilang.

“Kami tengok ada kesan umpil pada cermin tingkap. Mungkin laluan yang digunakan oleh penceroboh,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, berikutan itu beliau membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu pada jam 8.19 pagi  dan turut menyerahkan rakaman kamera litar tertutup untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad mengesahkan kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "TAK BOLEH NAK FIKIR, BETAPA LONGGARNYA KAWALAN"

Posting Komentar