Loading...
Perang saudara di Syria telah mengorbankan banyak nyawa orang awam termasuk wanita, orang tua dan kanak-kanak.
PEMUDA AMANAH MENGECAM KERAS SERANGAN DI SYRIA
Pemuda AMANAH Nasional mengecam sekeras-kerasnya serangan menggunakan senjata kimia ke atas kota Khan Sheikhoun di wilayah Idlib, Syria pada awal semalam Selasa 4 April 2017. Penggunaan senjata kimia sehingga membunuh 58 nyawa termasuk 11 kanak-kanak itu ialah suatu tindakan yang bacul dan tidak bermaruah.
Serangan ini cuma menggambarkan keadaan terdesak pihak terbabit untuk membunuh rakyat yang tidak berdosa walaupun ia tidak memberi sebarang kelebihan kepada kempen ketenteraan masing-masing. Dalam suasana yang penuh gempita ini juga, semua pihak termasuklah kerajaan Syria, Rusia dan US nampaknya lebih sibuk untuk menuding jari berbanding memberi bantuan kemanusiaan dengan segera kepada semua mangsa.
Kerajaan Syria didesak untuk membuka pintu sempadannya dengan lebih luas dan tanpa sebarang birokrasi agar setiap bantuan kemanusiaan dapat dihantar ke semua mangsa. Selain itu, serangan kali ini adalah lebih ganas dan jelek daripada penggunaan gas sarin di kota Ghouta berdekatan Damascus pada tahun 2013, yang sehingga kini pelakunya masih belum dihadapkan ke muka pengadilan.
Dalam erti kata lain, kerajaan Syria sudah tidak boleh diharapkan lagi untuk menyelesaikan kemelut ini yang telah meleret sejak sekian lama. Justeru, Pemuda AMANAH Nasional mendesak agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan drastik untuk campur tangan dalam mengakhiri isu ini.
Kami sangat berharap agar semua anggota PBB dapat sepakat agar serangan ini diklasifikasikan sebagai jenayah perang. Siasatan menyeluruh juga perlu dijalankan dan pesalahnya dapat dikenal pasti dan dikenakan tindakan di bawah undang-undang antarabangsa.
"Pray For Syria"
MOHD SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional
Ketua Pemuda AMANAH Nasional
Rujukan:
Loading...
0 Response to "[Video Hari ini hari PAS & Umno, soal Khalid pada Pandikar] PEMUDA AMANAH Mengecam Keras Serangan Senjata Kimia di Syria."
Posting Komentar