Loading...

YOU ARE IN POWER, YOU ARE POWERFUL, IF YOU DONT USE YOUR POWER, YOU ARE BLOODY FOOL HU HU HU

Loading...
 "Setelah mendengar hujah daripada Marang dan hujah sokongan daripada Kota Bharu (Datuk Takiyuddin Hassan) saya benar benar jelas dengan sejarah RUU355," katanya.
 
TAHNIAH PANDEKAR !
 
-Pak Karamu-
 
'Saya tidak mahu jadi bloody fool'
 Pandikar Amin
Pandikar Amin
 
KUALA LUMPUR - Tan Sri Pandikar Amin mulia menangguhkan sidang Parlimen pada sesi ini sebelum usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355 dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibahaskan dengan memetik satu kata hikmat.

"Saya ingin kongsikan kata-kata hikmat ini yang terpahat di fikiran saya sampai sekarang. If you are in power, you are powerful, If you dont use your power, you are bloody fool'.

"Maka pada hari ini, saya tidak mahu jadi 'bloody fool', dengan ini saya gunakan kuasa saya dengan membuat ketetapan supaya perbahasan ini diadakan pada sesi akan datang," katanya.

Selepas Pandikar membuat ketetapan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman membacakan penangguhan sidang.

Keputusan penangguhan itu yang dibuat kira-kira jam 4 petang, bagaimanapun mendapat bantahan daripada ahli Parlimen pembangkang kerana tidak diberi peluang membahaskan usul tersebut.

Mereka bertindak bangun dan melaungkan 'ini tidak adil', namun Pandikar tidak mengendahkannya lalu bangun meninggalkan sidang.


Sebelum memutuskan usul tersebut dibahaskan pada sesi akan datang, Pandikar menyuarakan rasa gembira dan terujanya.

"Pada hari ini saya amat gembira dan teruja atas dua sebab, satu saya tiada kekangan mengikut Peraturan Mesyuarat 15. Itu saya tekankan secara serius.

"Kedua, saya kini faham RUU355 dengan jelas, sebelum ini sama-samar kerana banyak risalah dan pendapat yang saya baca mengenainya

"Setelah mendengar hujah daripada Marang dan hujah sokongan daripada Kota Bharu (Datuk Takiyuddin Hassan) saya benar benar jelas dengan sejarah RUU355," katanya.
 
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "YOU ARE IN POWER, YOU ARE POWERFUL, IF YOU DONT USE YOUR POWER, YOU ARE BLOODY FOOL HU HU HU"

Posting Komentar