Loading...
10 Pelajar MRSM Parit Digantung Kerana Kes Buli. Majlis Amanah Rakyat (Mara) memutuskan untuk melanjutkan tempoh penggantungan sekolah 10 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit, Perak kerana membuli 6 junior awal bulan ini, sehingga Jawatankuasa Disiplin Bahagian Pendidikan Menengah agensi itu membuat keputusan muktamad.
Sebelum ini, mereka diputuskan akan digantung persekolahan sehingga Selasa ini.
10 Pelajar MRSM Parit Digantung Kerana Kes Buli. Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) Mara, Mohamed Roseli Dol berkata, sekembalinya pelajar-pelajar terbabit ke maktab, mereka akan diberi ruang untuk membela diri di hadapan Jawatankuasa Rayuan Maktab (JRM).
“Keputusan JRM ini akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin Bahagian Pendidikan Menengah ibu pejabat Mara untuk diputuskan bentuk hukuman yang akan dikenakan kepada pelajar-pelajar terlibat,” kata Mohamed Roseli menerusi kenyataan media hari ini.
“Tempoh penggantungan pelajar-pelajar terbabit akan dilanjutkan sehingga keputusan muktamad dibuat oleh jawatankuasa berkenaan.”
Sehubungan itu kata beliau, pihaknya tidak akan berkompromi jika terdapat pelajar maktab yang terlibat dengan gejala membuli.
10 Pelajar MRSM Parit Digantung Kerana Kes Buli
“Polis Diraja Malaysia masih menjalankan siasatan ke atas kes ini. Pihak maktab sedia memberi kerjasama penuh kepada polis dalam menyelesaikan kes ini.”
Laporan media sebelum menyebut seramai 10 pelajar MRSM Parit, Perak digantung kerana membuli 6 junior awal bulan ini.
Pada 7 Mei lalu, Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) memutuskan semua pelajar terbabit digantung sekolah seminggu bermula tarikh itu hingga 15 Mei lalu.
Kata Mohamed Roseli, JDM yang bersidang sekali lagi pada 15 Mei lalu telah melanjutkan tempoh penggantungan selama seminggu sehingga Selasa ini.
10 Pelajar MRSM Parit Digantung Kerana Kes Buli
Katanya, Mara mengambil perhatian serius berhubung kebajikan dan keselamatan pelajar di semua Institusi Pendidikan Mara (IPMa) di bawah kendalian agensi itu.
Beliau berkata, sejurus kejadian dilaporkan, pihak pengurusan MRSM Parit, warden asrama dan guru bertugas bergegas ke tempat kejadian untuk memantau dan menjalankan siasatan.
Kelmarin, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Mohamad Zainal Abdullah dilaporkan berkata, 6 pelajar MRSM Parit menjadi mangsa buli apabila dipukul oleh 10 senior mereka kerana mangsa enggan meminjamkan kasut bola.
10 Pelajar MRSM Parit Digantung Kerana Kes Buli. Kes itu membabitkan mangsa yang semuanya berusia 14 tahun yang dipukul pelajar senior berumur 15 dan 16 tahun dan pihaknya menerima 6 laporan polis berhubung kes buli itu pada 6 Mei lalu. - fmt
Iklan
Loading...
0 Response to "10 Pelajar MRSM Parit Digantung Kerana Kes Buli"
Posting Komentar