Loading...

4 Pegawai Zakat Pulau Pinang Ditahan SPRM

Loading...
4 Pegawai Zakat Pulau Pinang Ditahan SPRM. Seorang pegawai kanan Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan 3 lagi pegawai badan itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki terlibat dalam kes penyelewengan wang zakat negeri ini.

Turut ditahan 7 kontraktor berusia 41 hingga 52 tahun yang dipercayai sering menerima projek atau tender daripada pegawai ZPP ditahan itu.

4 Pegawai Zakat Pulau Pinang Ditahan SPRM.  Pegawai kanan berusia 50 tahun dan 3 pegawai ZPP itu masing-masing berusia 35, 39 dan 40 tahun serta 7 kontraktor itu dibawa ke Kompleks Mahkamah George Town pada jam 3 petang semalam untuk perintah tahanan reman.

Majistret Mohamed Amin Shahul Hamid membenarkan permohonan reman 7 hari bermula semalam yang dikemukakan SPRM.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abdul Aziz Aban pada sidang akhbar di pejabatnya berkata, pegawai kanan ZPP itu ditahan di pejabatnya di Bandar Perda, Bukit Mertajam pada jam 10.40 pagi Selasa.

“Lelaki itu dipercayai menerima barang-barang berharga, wang tunai dan cek daripada beberapa pemilik syarikat kontraktor dan pembekal ZPP sebagai dorongan kerana memberi projek atau kerja berkaitan program pembangunan masyarakat ZPP.

4 Pegawai Zakat Pulau Pinang Ditahan SPRM


“Suspek yang memegang jawatan itu sejak 1995 dipercayai turut memberi bantuan permulaan pelajaran dan meluluskan biasiswa tahunan anaknya tanpa melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAIPP),” katanya.

Mereka semua akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan (b) serta Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda 5 kali nilai suapan.

4 Pegawai Zakat Pulau Pinang Ditahan SPRM.  Beliau berkata, SPRM mula menjejaki kegiatan yang dilakukan sejak 2014 hingga Disember lepas, hasil maklumat dan aduan orang awam. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "4 Pegawai Zakat Pulau Pinang Ditahan SPRM"

Posting Komentar