Loading...
Berita Baik Dari Geely Auto Buat Proton. Pakatan strategik antara Proton Holdings Bhd (Proton) bersama Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) dari China, akan membebaskan pengeluar kereta nasional itu daripada subsidi berterusan kerajaan yang turut menggunakan wang pembayar cukai, kata seorang ahli Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata subsidi mencecah berbilion-bilion ringgit sejak penubuhan Proton pada 30 tahun lepas bukan sesuatu yang dapat diteruskan selama-lamanya.
Berita Baik Dari Geely Auto Buat Proton. Sehubungan itu, pakatan dengan syarikat automotif besar global seperti Geely sebenarnya turut disertai pelbagai prospek menarik demi pertumbuhan masa depan Proton.
“Asean mempunyai 600 juta penduduk manakala angka jualan kereta China pula sebanyak 28 juta setahun. Jika Proton, menerusi Geely mampu memperoleh 1% pasaran China, maka ini bermakna Proton dapat mengeluarkan 280,000 unit kereta tambahan,” katanya kepada Bernama.
Ahmad Fauzi berkata pengeluaran tahunan Proton ketika ini yang membabitkan kira-kira 74,000 unit kereta hanya mewakili 20% daripada kapasiti sebenar kilang di Tanjung Malim, Perak.
Berita Baik Dari Geely Auto Buat Proton
Pada Rabu lepas, Proton Holdings Bhd sebagai pemilik Proton memeterai perjanjian dengan Zhejiang Geely Holdings Co Ltd yang menyaksikan Geely memiliki 49.9% pegangan manakala Proton mengekalkan pegangan majoriti sebanyak 50.1%.
Ahli Parlimen itu turut berkongsi keterujaannya terhadap masa depan Proton kerana pakatan dengan Geely juga menandakan sejumlah 60,000 pekerjaan langsung dan tidak langsung serta kira-kira 200,000 vendor, pengedar dan pembekalnya mampu dipertahankan.
Malah, usaha menyelamatkan pekerjaan itu sememangnya menjadi keutamaan kerajaan yang menyuntik dana ke dalam Proton sejak bertahun-tahun lamanya, dan penjualan kepentingan dalam Proton wajar dilihat sebagai keputusan perniagaan yang bukannya atas alasan lain.
“Saya menyokong pandangan Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Ghani yang berharap demi kemajuan pada masa depan, tiada lagi subsidi seterusnya untuk Proton dan ia mampu berdikari tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan.
Berita Baik Dari Geely Auto Buat Proton
“Kerajaan tidak sewajarnya menyalurkan wang ke dalam perniagaan yang merugikan. Kita perlu menamatkan sebarang perniagaan yang hanya menyebabkan kerugian,” katanya.
Ahmad Fauzi turut membangkitkan senario industri automotif ketika ini jauh berbeza daripada 30 tahun lepas sewaktu Proton mula bertapak.
Ini berikutan evolusi dalam industri itu menyaksikan pelbagai usaha penggabungan melibatkan penggiat pasaran automotif global kini menjadi strategi utama.
Beliau merujuk kereta jenama ikonik Britain, Land Rover yang diambilalih oleh Tata Group dari India, Vauxhall juga dari Britain oleh PSA yang juga firma Perancis, Renault yang dikuasai oleh Nissan serta Volvo dan London Taxi Company oleh Geely.
Berita Baik Dari Geely Auto Buat Proton. Menurutnya, kalangan masyarakat Britain tidak pernah merujuk urus niaga sedemikian sebagai “satu bentuk penjualan” dan menyarankan supaya rakyat Malaysia mencontohi sikap sedemikian. - fmt
Iklan
Loading...
0 Response to "Berita Baik Dari Geely Auto Buat Proton"
Posting Komentar