Loading...
RUU 355: Pas terbuka terima cadangan, kritikan
Nasrudin Hassan - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
SHAH ALAM - Pas terbuka dengan sebarang kritikan dan cadangan oleh mana-mana pihak mengenai isu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.
Ketua Penerangan Pas yang dilantik semula, Nasrudin Hassan sekali lagi menegaskan dan memberi penerangan kewajaran RUU 355 ini dibawa ke Parlimen.
“Tujuan Pas membentangkan RUU 355 adalah untuk memartabatkan institusi Mahkamah Syariah di negara ini bagi membolehkan hukuman selari dengan syariat Islam yang sebenar.
“Usaha Pas ini adalah bertepatan dengan peruntukan perlembagaan yang sedia ada dan bersesuaian dengan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.
“Selain itu, sokongan orang ramai terhadap RUU 355 yang diusulkan oleh Pas ini memperlihatkan kepentingan dan kewajarannya justeru ia tidak harus diremeh atau diperlecehkan,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, bekas Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya mengkritik RUU 355 yang dibawakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa parti itu hanya mengiktiraf satu daripada pebagai cabang syariah.
Katanya, syariah merangkumi beberapa aspek lain dan tidak terhad pada jenayah sahaja.
Sementara itu, Nasrudin turut meluahkan rasa kecewa beliau di atas komen Ismail tersebut berkaitan dengan RUU 355.
“Sepatutnya beliau bersama-sama membantu usaha murni ini atau sekurang-kurangnya tidak mengelirukan masyarakat dengan andaian dan persepri yang dibuat akibat kejahilan diri sendiri.
“Bagaimanpun, Pas terbuka dan menerima undangan serta kunjungan pelbagai pihak bagi menjelaskan lagi berkenaan RUU355," katanya lagi.
Loading...
0 Response to "BUAT KERJA, JANGAN PEDULI BAJANG-BAJANG JALANAN"
Posting Komentar