Loading...
Foto via BH Online |
Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata gaji bulanan sedia ada tidak dapat menampung kehidupan seharian penjawat awam terutama dengan kos sara hidup semakin meningkat pada masa kini.
"Kira-kira 60 peratus daripada gaji diterima digunakan untuk membayar hutang termasuk sewa rumah dan kereta, manakala 40 peratus lagi untuk kegunaan sendiri tetapi ia tidak mencukupi terutama mereka yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur.
"Mereka juga tidak dapat membuat simpanan sendiri kerana perbelanjaan harian yang tinggi," katanya selepas menghadiri Majlis Penutup Bengkel Pengendalian Risiko Dalam Pekerjaan, di sini, semalam.
Bengkel terbabit dianjurkan Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dihadiri 150 anggota JPJ dari seluruh negara bagi melatih dan melengkapkan mereka menghadapi risiko ketika bertugas.
Turut hadir, Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Zainal Ismail dan Presiden KPPJSM, Hamzah Masri.
Azih berkata, pihaknya yakin cadangan kenaikan gaji ini akan diteliti kerana penjawat awam adalah aset penting negara yang sentiasa diambil berat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sumber: Berita Harian Online
Loading...
0 Response to "CUEPACS cadang kerajaan pertimbang tingkat gaji penjawat awam"
Posting Komentar