Loading...

DEMIKIAN NASIB NELAYAN

Loading...

‘Kami terus terjun ke dalam laut’
‘Kami terus terjun ke dalam laut’
Mohd Yasin.
 
PONTIAN - “Kami terus terjun ke dalam laut sebaik sahaja bot terbalik dipukul ombak kuat,” luah Mohd Yasin Sulaiman, 38 yang merupakan rakan kepada nelayan yang ditemui lemas, Mohd Atif Hafifi, 28 dalam kejadian ribut tengahari semalam.

Mohd Yasin berkata, dia dan rakannya itu turun ke laut dari jeti Kampung Pesisir kira-kira jam 8.00 pagi semalam.

“Keadaan cuaca yang sangat cerah pada sebelah pagi, jadi kami tidak berasa bimbang. Namun secara tiba-tiba cuaca berubah dan hujan lebat turun.

“Ketika dalam perjalanan pulang, bot kami terbalik akibat dipukul ombak. Kami terus terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri,”katanya ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Pontian, di sini tadi.

Bagaimanapun, sebaik tiba di kawasan Pantai Rambah, Mohd Yasin mendapati rakannya itu tiada, lalu dia bertindak mendapatkan pertolongan dari nelayan di jeti Rambah.

“Jarak bot kami terbalik dengan Pantai Rambah dianggarkan dalam jarak 400 meter sahaja. Saya sangat terkejut bila mendapati Atif tidak muncul-muncul selepas kami berenang menyelamat diri. Setahu saya Atif pandai berenang,”katanya.


Bapa kepada empat orang anak ini  berkata pengalaman yang ditempuhinya itu sukar untuk dilupakan tambahan pula rakan baik terkorban ketika ribut berlaku.

“Ini merupakan situasi yang paling mencemaskan sepanjang saya menjadi nelayan sejak berumur belasan tahun.

“Cuaca yang sangat gelap ditambah ribut dan angin kencang membuatkan macam-macam yang saya fikirkan terutama isteri dan anak-anak,” katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DEMIKIAN NASIB NELAYAN"

Posting Komentar