Loading...

ESSZONE Di Perairan Sabah Dilanjtukan Lagi

Loading...
ESSZONE Di Perairan Sabah Dilanjtukan Lagi. Perintah berkurung di kawasan perairan 7 daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini dilanjutkan hingga 7 Jun depan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

Beliau berkata, perintah berkurung itu meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

ESSZONE Di Perairan Sabah Dilanjtukan Lagi.  Dengan lanjutan bermula esok itu, semua penduduk di kawasan terlibat diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan antara 6 petang hingga 6 pagi, katanya dalam kenyataan hari ini.

“Perintah berkurung diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan serta pelancong yang melawat pulau-pulau peranginan,” katanya.

Ramli berkata, berdasarkan siasatan, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik bagi mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.

ESSZONE Di Perairan Sabah Dilanjtukan Lagi


Menurutnya, perintah berkurung itu diteruskan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta yang berada di kawasan darat Esszone.

Katanya, perintah berkurung itu juga memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal pasukan keselamatan di sekitar kawasan mereka.

ESSZONE Di Perairan Sabah Dilanjtukan Lagi.  “Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah terlibat untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon yang memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ESSZONE Di Perairan Sabah Dilanjtukan Lagi"

Posting Komentar